Wednesday, 23 October 2013

Resepi Daging Hitam / Kicap Kakak Iparku

Asalam kawan2

Hari ni saya nak share satu resepi berasaskan daging yang direka oleh kakak ipar saya. Selain dari share resepi ni dengan korang semua 'share mengeshare' ni pun sebenarnya elok untuk orang-orang yang pelupa macam saya. Resepi dan cara nak masak daging ni pun sempoi .. mudah sangat. Kamel yang sekali2 turun dapur tu pun dah terror sampaikan family dia ingat kamel yang masak... saya? ade le kecewa sikit (konon) :D
Jom kita tengok bahan kisar dulu

1/2 kilo bawang putih
(kalau ikut resepi saya..saya kurangkan 1 genggamselalunya saya beli bawang putih yang sudah dikopek)
3-4 biji bawang besar
1 ketul lengkuas 
(sebesar penumbuk .. he3)
rm2.00 cili kering
(cili ni saya gunting & rebus kemudian bila tiba nak kisar saya cuma gunakan 3 genggam saje)
Mula2 dulu ternganga mulut ni bila terbaca kat kertas resepi tu. Mau taknye bawang putih yang bau busuk tu betul2 buat saya fikir 2 3 kali nak masak ke atau lupakan saje hasrat nak tunjuk pandai pada kakak ipar. Tapi bila terpandangkan muka kamel yang teringin benar saya try resepi kakak dia tu..maka dengan hati yang tak berape nak rela ni saya ikutkan aje.
Rupa2nye bawang putih itulah rahsia kenapa daging kicap ni sedap. Kalau ada yang cuba ngubah resepi ni sesedap rasa bermakna orang tu gedik!..he3. 

Bahan2 lain

1 kilo daging lembut ataupun daging batang pinang 
(potong nipis & kecil2 pastu rebus hingga daging tu lembut, tapis airnya sebab dalam resepi ni kita tak pakai air rebusan)
1/2 botol kicap kipas udang 
(ingat cap kipas udang bukan KDK atau apa2 kipas jenama dari Jepun)
3 sudu kicap pekat
2-3 sudu makan gula pasir 
(rasa manis ni terpulang pada selera korang)
3-4 sudu makan cuka
2-3 cawan minyak masak
1 btg kayu manis

Ok jom kita masak!

Step pertama kita kisar kesemua bahan kisar sehingga halus. Kalau boleh bila time nak kisar tu gunakan air secukupnya jangan terlalu banyak nanti ambil masa lama pulak bila nak menumis nanti.
Jadi ape lagi panaskan dulu kuali pastu baru masukkan minyak. Bila minyak mulai panas masukkan kayu manis. Lebih kurang seminit pastu korang masukkan bahan kisar tadi dan masak sampai pecah minyak. Waktu menumis ni korang kena layan perasaan sebabnya masak benda ni ambil masa sikit pastu yang tak tahannye sambal ni akan 'terbang2'.

Selalunya yang sukarela ambil tugas ni suami kesayangan saya la!.. pernah sekali tu cuaca agak panas dan kamel malas nak pakai t-shirt ataupun apron tiba2 saya terdengar 'auch!..minyak!...perut!'. Rupa2nye perut dia terkena percikan minyak tumisan.. he3
Tapi rasanye kalau nak guna cara camni pun boleh jugak tapi melampau la pulak ye!
* Moral dari story ni, lain kali kalau nak masuk dapur pakai elok2 bia comey sikit!

Step seterusnya bila tumisan dan bertukar warna boleh la kita masukkan kedua-dua kicap, cuka & gula. Kemudian masukkan daging yang telah direbus awal tadi dan masak lebih kurang 10-15 minit, suai rasa dan renehkan dalam 10 minit lagi. Tutup api...dah siap.
Daging kicap ni jadi Hidangan Wajib Family kamel dan selalunya kakak ipar saya masak waktu kenduri kawen atau sebagai lauk masak lodeh untuk dijamu pada hari raya. Kamel pula suka makan dengan roti putih. 
Kalau korang tak caya tanye la baby nie........Seedaapp!

So selamat mencuba!


Thursday, 17 October 2013

Politik Pejabat Ancam Produktiviti


17/10/2013

Asalam semua... seperti biasa aktiviti lepas balik kerja selalunya saya akan lepak baca paper dulu baru ngemas umah. Cek suami dah paham beno perangai saya ni.

Selak punya selak saya terbaca artikel ni. Memang pedas sehingga menjilat jari!




Perkara ni saya rasa memang terjadi kat mana-mana office samada dipejabat kerajaan mahupun syarikat swasta.

Monday, 19 August 2013

Resepi Mee Udang Riverdale


Bersusun ajekan udang-udang tu...
Seingat saya bulan April 2010 waktu tu saya outstation ke Tasek Gelugor.. adalah buat kerja sikit so lepas seharian bekerja staf kawasan belanja makan mee udang kat Sungai Dua. Masa tu tak tau pun seafoodnya fresh & udang-udang pun king size, bayangkan bila hidangan sampai aje kat meja saya tak terkata..terkejut! itu baru mee udang, tak tengok lagi Nasi Goreng Udang!

So lepas dari kejadian tu seperti biasa balik aje ke KL saya survey le kat internet. Resepi saya ni takde sambal kalau yang ada sambal tu sure lagi best. Sebab seingat saya lagi waktu budak-budak dulu saya rajin makan mee udang di food court The Weld, jalan Bukit Bintang. Tapi sekarang food court tu dah ditutup, kosong dan tempat yang dulunya gah dengan orang-orang kaya kini lesu aje.

Baik la kalau korang teringin nak makan mee udang homemade cuba la resepi ringkas saya ni. 

MEE UDANG SAYA

Pertama kita cerita bab bahan-bahan kisar iya :

4-5 sudu makan cili kering yang telah kisar
2 sudu makan udang kering
4-6 biji bawang merah (ikut saiz bawang tu ye tuan/puan)
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia

* Semua bahan ni kita kisar halus buat penumis nanti.

Bahan-bahan lainnya :

1 bungkus mee kuning
10 ekor Udang Kertas bersaiz besar 
4 sudu makan sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu makan sos ikan (orang kata kalau masak seafood sedap bubuh sos ni)
1 biji ubi keledek merah (yang sederhana cukup)

* Udang kertas ni sedap tapi harga dia boleh tahan so untuk yang berkira-kira budget tu udang putih biasa pun dah memadai janji pilih yang beso-beso + gebu-gebu tau.

* Keledek tu kupas kulitnya potong kecil-kecil dan rebus. Sewaktu kita nak kisar nanti tambahkan dengan sedikit air rebusan udang.

Bahan-bahan extra :

Sayur sawi, bawang goreng, cili merah potong dan daun sup & bawang.

* Terpulang korang la nak tambah apa dalam hiasan nanti janji hiasan tu boleh dimakan :D 


Cara-cara masak :

Step pertama kita jerang air dalam periuk lebih kurang 3-4 cawan. Sambil-sambil tu bersihkan udang, buang ekor dan misai dia yang panjang tu. Kepala udang tu jangan dibuang tau kita rebus sekali. Rebus udang tu jangan lama asal nampak dia timbul kita asingkan dan air rebusan tu nanti kita guna untuk step seterusnya.


Step seterusya kita tumis bahan-bahan kisar sehingga warnanya bertukar merah atau pecah minyak. Step ni ambil masa sikit tau rajin-rajin kacau takut hangit.


Step terakhir kita masukkan air rebusan udang, cili sos, tomato sos, sos ikan dan keledek. Waktu ni korang boleh la rasa mana yang tak cukup tu pandai-pandai la korang tambah dan garam jangan lupa!

* Ada sesetengah resepi yang saya survey mereka ada masukkan petis tapi suami saya tak suka.

Dah pun siap senangkan nak buat kuah mee udang ni. So bila tiba masa nak hidang nanti jangan lupa pula celur dulu sayur sawi tu dan atur la ikut selera korang.

Kat bawah ni saya share lagi picture Mee Udang favorites saya supaya korang termimpi-mimpi + berebut-rebut nak buat saya jadi makcik korang!



Jangan marah Takuya Kimura pun suke tau!


Monday, 17 June 2013

Resepi Mee Kari Daun Kesom


Resepi ni saya dapat dari sahabat lama, sahabat sewaktu di SMPW K. Lumpur. Cerita sahabat ni yang biase dipanggil Mem Besar dalam facebook, dia pun dapat dari seorang peniaga berbangsa cina. Aso tu beritahu untuk dapatkan kuah mee kari yang sedap mesti masukkan daun kesom!.. "Ooo tu yang buat magik", kata Mem Besar dan resepi ni tak menggunakan isi kerang tapi boleh diubah ikut selera anda. Jom kita cuba resepi mee kari ni..

Bahan-bahan (Hidangan untuk 2-4 orang)

Untuk tumis wangi
1 batang Kulit kayu manis
2-3 biji bunga lawang

Bahan untuk blender
1 s/mkn Udang kering
2 ulas Bawang putih
Sebiji Bawang Besar (yang sedang)
Sedikit Belacan lebih kurang besar ibujari
1 batang Serai
3 s/mkn Cili blender

Yang lain-lain
3 paket Rempah kari ikan Babas
1 1/2 atau 2 biji kelapa untuk 2 mangkuk Santan
2 cawan Air rebusan Udang
2 biji ubi Keledek (bersihkan, kupas, potong, rebus dan lenyekkan)
Udang basah - Ikut rezeki masing2 kalau mampu beli la udang besar2 :D
4-6 tangkai Daun Kesom 
7-8 helai Daun kari
1/2 atau 1 cawan minyak masak

Ekstra dan terpulang
Tauhu goreng
Fish cake
Kacang panjang
Bawang goreng
Limau kasturi
Telur ayam rebus

Cara :

Selalunya lepas aje balik dari pasar tani Taman Melawati saya akan siang udang kemudian saya rebuskan kulit-kulit udang tu dengan 3 cawan air hingga mendidih, tutup api. Bila dah sejuk tapis dan simpan air rebusan tersebut.

Steps seterusnya saya akan siapkan bahan-bahan untuk dikisar. Setelah dikisar, ketepikan dan seterusnya saya akan bancuhkan serbuk kari untuk dijadikan pes. Siap kesemua bahan saya akan mulakan dengan menumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang bila berbau harum saya teruskan dengan memasukkan bahan-bahan kisar. Masak dengan api sederhana kemudian masukkan pes kari dan masak sehingga terbit minyak, waktu ini boleh la dimasukkan daun kari.

Steps berikut bila tumisan tadi nampak cantik masukkan air rebusan udang, santan dan keledek lenyek tadi. Masak kuah kari ini sehingga mendidih dan masukkan daun kesom, tauhu goreng dan fish cake. 
Akhir sekali saya akan masukkan udang dan masak seketika, suai rasa dan tutup api.

Sempoi ajekan resepi ni so korang boleh la cuba. Bahan-bahan lain seperti kacang panjang tu saya rebus asing begitu juga dengan telur. Ada juga yang makan bersama taugeh, sayur sawi dan isi ayam ikut masing-masing punya idea dan selera.

So lepas makan relax jab pastu mintak tolong dengan si belang urut2kan belakang badan .. kasi sendawa sikit.

Selamat mencuba kawan-kawan!..muah!

Saturday, 6 April 2013

Cuba la resepi Bibimbap saya ni!




안녕하세
annyeonghaseyo

Bibimbap merupakan makanan rasmi bagi rakyat Korea. Maksud bibimbap adalah 'nasi campur'. Nasi putih yang dihidangkan bersama namul (sajian sayuran) dan sos gochujang (adunan cili), telur goreng separuh masak dan kepingan daging yang digoreng. Ini adalah lauk-lauk yang biasa dikita temui dimana-mana restoran di korea dan di malaysia. Cara makannya pun mudah hanya gaulkan kesemuanya!. Pada sesiapa yang pernah mencuba bibimbap ini pasti nak lagi.

Pada tahun 2011 sebuah rancangan terbitan CNN telah membuat undian dan bibimbap berada pada kedudukkan ke 40 diantara 50 makanan paling lazat dan berkhasiat didunia.

Bagi memperkenalkan bibimbap ini pihak kerajaan korea sendiri mencadangkan agar makanan ini dihidangkan didalam pesawat-pesawat mereka.
Jika anda peminat-peminat drama korea tentu pernah menonton drama Full House lakonan terbaik Song hye-kyo dan Rain. Ceritanya berkisar tentang perkahwinan kontrak diantara seorang artis lelaki popular dan seorang gadis yang baru berjinak-jinak dalam alam penulisan novel. Mereka berdua digambarkan selalu bergaduh disebabkan syarat-syarat didalam kontrak tersebut. Sangat-sangat kelakar anda patut menontonnya jika tidak percaya.



Salah satu adengan yang menarik

Dalam episod ke 7, Lee Yeong-jae (Rain) yang pulang dari berdating dengan Kang Hye-won ternampak Han Ji-eun (Song Hye-kyo) didapur sedang makan semangkuk bibimbap. Dia yang sememang suka 'mendera' terus menyakat dan menyamakan bibimbap tersebut seperti 'makanan scoobydoo'.
Dalam satu babak lain pula .. Ji-eun pula keluar berjumpa dengan nenek Yeong-jae dan terlupa untuk masak dan Yeong-jae yang sangat lapar ketika itu membuka peti ais, dia lihat ada sedikit makanan (bibimbap) yang ditinggalkan Ji-eun. Dia pun dengan lahap memakannya. Sedang sedap menjamah Jie-eun pulang dan tak semena-mena Yeong-jae tersedak dan terbatuk-batuk. Sambil mengurut-urut lengan Yeong-jae yang panjang tu Ji-eu sempat mengutuk "makan juga makanan scoobydoo tu"
Disebabkan nak sangat tahu apa yang dimakan oleh Yeong-jae, saya gigih menGoogle resepi bibimbap ni dan akhirnya terhasillah resepi yang saya kira mudah, guarantee sedap & perut pun kenyang!. Selalunya kalau makan dekat kedai mereka hidangkan bibimbap ni dengan sepinggan kecil kimchi. 
Kat sini saya sharekan resepi kimchi klik sini

Bahan-bahan untuk 3 - 4 hidangan 
1 ikat sayur bayam
1 cawan daging batang pinang
1 cawan carrot
2 cawan cendawan shitake
1 cendawan enokitake
Minyak bijan masakan
1 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk halus)
1 sudu makan kicap soya
1/2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan bijan panggang
3 biji telur
minyak untuk menggoreng
garam & gula
sedikit ketulan ais


Begini cara-cara membuat bibimbap..jom follow step by step

Sayur bayam:
Anda perlu menjerang air besama sedikit garam. Sementara menunggu, siang sayur dan bersihkan dari pasir-pasir yang melekat. Kemudian apabila air sudah mendidih masukkan sayur bayam tadi dan masak seketika (jangan lama sangat). Setelah itu toskan airnya dan alihkan kedalam mangkung yang berisi air dan ketulan ais.
Selepas seketika ambil sayur tadi, genggam dan perahkan airnya perlahan-lahan. Didalam mangkuk bersih, gaulkan sayur bayam ini dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan.

Cendawan enoki:
Step ini lebih kurang sama dengan sayur bayam tadi cuma hujung cendawan yang perlu dipotong.
Carrot:
Bersihkan dan kupas kulitnya. Carrot ini dipotong kepada 3 dan dihiris nipis. Panaskan kuali pan dengan sedikit minyak, goreng sehingga lembut. Ketepikan.

Daging:
Daging yang sudah dibersihkan hendaklah dipotong kecil dan nipis. Kemudian digaulkan bersama kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam. Perapkan daging ini dan simpan didalam peti sejuk selama 30 minit.

Setelah 30 minit panaskan kuali pan bersama sedikit minyak dan goreng daging sehingga masak. ketepikan. Saya potong daging ni nipis dan lebar-lebar tapi terpulang pada selera anda .. nak guna daging hancur pun boleh kot.. bukan apa takut tercekek nanti!

Cendawan shitake:
Bersihkan dan potong cendawan. Kemudian panaskan kuali pan dengan sedikit minyak dan goreng seketika. Jangan risau cendawan ni bila digoreng ia akan kecut jadi lebihkan sedikit cendawan jika anda suka.

Telur mata:

Telur itu sebaiknya digoreng separuh masak. Kuningnya dibiarkan lembek supaya ia pecah bila digaul nanti. Ini akan membuatkan bibimbap kita moist!

Step akhir:

Isikan nasi putih (resepi saya menggunakan beras biasa) kedalam mangkuk favorites anda dan susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti dan selera anda. Diatasnya sudukan sedikit atau lebih sos Gochujang dan jangan lupa titiskan sedikit minyak bijan dan taburkan juga bijan yang siap disangai.

Sos ini boleh dibuat sendiri atau dibeli di supermarket atau dikedai-kedai runcit korea sekitar Ampang hilir.
Resepi sos gochujang
4 sudu makan tauchu
1-2 sudu teh serbuk cili (jika anda suka pedas)
1 sudu makan gula
Sedikit minyak bijan & air
Cara-cara
1. Cuci dan bersihkan tauchu (cuci jangan keterlaluan takut hilang langsung rasa masinnya) dan dengan menggunakan tapis santan, lumat-lumatkan tauchu tersebut sehingga halus. Setelah halus gaulkan dengan serbuk cili, gula dan sedikit minyak bijan.
Memang agak leceh membuatnya tapi dijamin halal!
Ada juga sesetengah resepi yang saya survey mereka cuma campurkan cili sos dan mayonnaise saje. Emm..yang ini saya belum cuba lagi.
Saya ada terbaca tentang topik sos cili Gochujang yang halal dan tak halal yang terjual banyak dijual disupermarket di malaysia. Dalam forum itu mereka bincangkan tentang ramuan didalam produk tersebut jadi diantara banyak komen-komen tersebut saya tertarik dengan komen yang ini:

Diantara sos cili Gochujang yang terdapat dipasaran malaysia. Tapi jika anda was2 dengan isi kandungannya tak perlu lah beli.
Pesanan ringkas dari penaja : Kali pertama cuba masak bibimbap ni memang agak leceh. Dapur kita umpama dilanda ribut taufan..memang kelam kabut. Jadi, supaya kita ni nampak seperti master chef disarankan anda buat list bahan mana yang nak dimasak dulu. Kalau saya, saya akan perap daging dulu kemudian yang lain2.
Meh saya belanja gambar...


Lauk-lauk saya ni adalah contoh saje. Jika anda ada idea masakan lain pun boleh cuba. 
Susun masakan tadi mengikut kreativiti sendiri.
Kalau dah cantik macam ni memang sayang nak makankan!..
Emm...dapnyeee
 Pastikan perut anda ada ruang kosong tau. Sebab makan bibimbap ni memang sangat kenyang.
Kalau perut tu full tapi masih gigih nak habiskan..tirulah cara Ji-eun ni 
atau pun Yeong-jae..cutekan!

Terimakasih tau sebab sudi memilih resepi saya yang tak seberapa ni. Pada sesiapa yang berminat nak cuba masakan bibimbap saya ni, dipersilakan. Saya sangat-sangat happy jika anda semua berjaya.

Minta maaf jika ada kekurangan....tapi yang pasti bila masak tu relax & enjoy.
Selamat mencuba...Love you!
다음에 봐요 - (daume ddo bayo) see you again next time!

Saturday, 23 March 2013

nak cuba resepi kuah meatball saya??...

Saya tak pandai masak walaupun ambil kursus katering waktu kat Vokasional dulu. Big Mistake! kalau dapat markah bagus pun dalam reka Kad Menu ..hehehe
Kalau cerita bab belajar, kawan-kawan dan asrama sampai bila pun tak habis.


Kenapa saya pilih subjek tu sebenarnya sebab kawan baik saya ketika itu beria-ia mengajak saya belajar dan tinggal diasrama. Saya tahu niat dia.... Dia selalu ngadu ayah dia garang. Iya la asyik curi2 keluar dating.. ayah mane tak marah dan yang selalu tolong cover dia siapa lagi, saya la. 
Hheemmmmm ... well tu semua cerita lama jom kita cerita pasal resepi meatball saya nie.

Sebenarnya ni resepi kuah meatball sebab saya guna instant meatball aje. Alah kalau nak buat homemade meatball pun bukan susah sangatkan kan kan! :D
Pertama
  
Panaskan periuk dan masukkan minyak zaitun dalam 1 sudu makan. Ingat minyak zaitun ni akan keluarkan bau busuk kalau api terlalu kuat. So gunakan api yang sederhana ..ok!. Kemudian masukkan 1/2 biji bawang belanda yang dipotong dadu, 2 biji bawang putih cincang dan sehelai daun basil kering. Masak sehingga bawang layu.

Kedua

Setelah bawang dah layu masukkan cendawan butang putih dalam anggaran 10 - 15 biji yang dihiris kasar dan masak sekejap.

Ketiga



Saya ni malas jadi saya beli 1 tin tomato cincang yang dalam tin seperti gambar pertama tu dan masukkan juga 1 tin kecil tomato puree. Saya juga gunakan 1/2 kiub knorr daging ya!. Dan..dan.. jangan lupe air putih,  dalam 1 cawan. Gaulkan kesemuanya dan masak seketika.

Keempat
  
Akhir sekali saya masukkan meatball (ikut la berapa banyak yang anda suka), secubit serbuk lada hitam, garam, gula dan sedikit serbok Oregano. Masak dalam 5 minit dan tutup api. Bau oregano tu yang buat meatball saya macam best tapi kalau tak letak pun tak ngapa.
So inilah hasilnya ....
  


Resepi saya ni khas untuk 2 hingga 4 orang makan. Disebabkan kami berdua aje jadinya kesemua 1 periuk sedang ni kami la yang punya ... hehehehe.

Ok lah .. next time saya postkan cara-cara nak buat meatball pula ye.



Selamat mencuba.