Saturday, 6 April 2013

Cuba la resepi Bibimbap saya ni!




안녕하세
annyeonghaseyo

Bibimbap merupakan makanan rasmi bagi rakyat Korea. Maksud bibimbap adalah 'nasi campur'. Nasi putih yang dihidangkan bersama namul (sajian sayuran) dan sos gochujang (adunan cili), telur goreng separuh masak dan kepingan daging yang digoreng. Ini adalah lauk-lauk yang biasa dikita temui dimana-mana restoran di korea dan di malaysia. Cara makannya pun mudah hanya gaulkan kesemuanya!. Pada sesiapa yang pernah mencuba bibimbap ini pasti nak lagi.

Pada tahun 2011 sebuah rancangan terbitan CNN telah membuat undian dan bibimbap berada pada kedudukkan ke 40 diantara 50 makanan paling lazat dan berkhasiat didunia.

Bagi memperkenalkan bibimbap ini pihak kerajaan korea sendiri mencadangkan agar makanan ini dihidangkan didalam pesawat-pesawat mereka.
Jika anda peminat-peminat drama korea tentu pernah menonton drama Full House lakonan terbaik Song hye-kyo dan Rain. Ceritanya berkisar tentang perkahwinan kontrak diantara seorang artis lelaki popular dan seorang gadis yang baru berjinak-jinak dalam alam penulisan novel. Mereka berdua digambarkan selalu bergaduh disebabkan syarat-syarat didalam kontrak tersebut. Sangat-sangat kelakar anda patut menontonnya jika tidak percaya.



Salah satu adengan yang menarik

Dalam episod ke 7, Lee Yeong-jae (Rain) yang pulang dari berdating dengan Kang Hye-won ternampak Han Ji-eun (Song Hye-kyo) didapur sedang makan semangkuk bibimbap. Dia yang sememang suka 'mendera' terus menyakat dan menyamakan bibimbap tersebut seperti 'makanan scoobydoo'.
Dalam satu babak lain pula .. Ji-eun pula keluar berjumpa dengan nenek Yeong-jae dan terlupa untuk masak dan Yeong-jae yang sangat lapar ketika itu membuka peti ais, dia lihat ada sedikit makanan (bibimbap) yang ditinggalkan Ji-eun. Dia pun dengan lahap memakannya. Sedang sedap menjamah Jie-eun pulang dan tak semena-mena Yeong-jae tersedak dan terbatuk-batuk. Sambil mengurut-urut lengan Yeong-jae yang panjang tu Ji-eu sempat mengutuk "makan juga makanan scoobydoo tu"
Disebabkan nak sangat tahu apa yang dimakan oleh Yeong-jae, saya gigih menGoogle resepi bibimbap ni dan akhirnya terhasillah resepi yang saya kira mudah, guarantee sedap & perut pun kenyang!. Selalunya kalau makan dekat kedai mereka hidangkan bibimbap ni dengan sepinggan kecil kimchi. 
Kat sini saya sharekan resepi kimchi klik sini

Bahan-bahan untuk 3 - 4 hidangan 
1 ikat sayur bayam
1 cawan daging batang pinang
1 cawan carrot
2 cawan cendawan shitake
1 cendawan enokitake
Minyak bijan masakan
1 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk halus)
1 sudu makan kicap soya
1/2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan bijan panggang
3 biji telur
minyak untuk menggoreng
garam & gula
sedikit ketulan ais


Begini cara-cara membuat bibimbap..jom follow step by step

Sayur bayam:
Anda perlu menjerang air besama sedikit garam. Sementara menunggu, siang sayur dan bersihkan dari pasir-pasir yang melekat. Kemudian apabila air sudah mendidih masukkan sayur bayam tadi dan masak seketika (jangan lama sangat). Setelah itu toskan airnya dan alihkan kedalam mangkung yang berisi air dan ketulan ais.
Selepas seketika ambil sayur tadi, genggam dan perahkan airnya perlahan-lahan. Didalam mangkuk bersih, gaulkan sayur bayam ini dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan.

Cendawan enoki:
Step ini lebih kurang sama dengan sayur bayam tadi cuma hujung cendawan yang perlu dipotong.
Carrot:
Bersihkan dan kupas kulitnya. Carrot ini dipotong kepada 3 dan dihiris nipis. Panaskan kuali pan dengan sedikit minyak, goreng sehingga lembut. Ketepikan.

Daging:
Daging yang sudah dibersihkan hendaklah dipotong kecil dan nipis. Kemudian digaulkan bersama kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam. Perapkan daging ini dan simpan didalam peti sejuk selama 30 minit.

Setelah 30 minit panaskan kuali pan bersama sedikit minyak dan goreng daging sehingga masak. ketepikan. Saya potong daging ni nipis dan lebar-lebar tapi terpulang pada selera anda .. nak guna daging hancur pun boleh kot.. bukan apa takut tercekek nanti!

Cendawan shitake:
Bersihkan dan potong cendawan. Kemudian panaskan kuali pan dengan sedikit minyak dan goreng seketika. Jangan risau cendawan ni bila digoreng ia akan kecut jadi lebihkan sedikit cendawan jika anda suka.

Telur mata:

Telur itu sebaiknya digoreng separuh masak. Kuningnya dibiarkan lembek supaya ia pecah bila digaul nanti. Ini akan membuatkan bibimbap kita moist!

Step akhir:

Isikan nasi putih (resepi saya menggunakan beras biasa) kedalam mangkuk favorites anda dan susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti dan selera anda. Diatasnya sudukan sedikit atau lebih sos Gochujang dan jangan lupa titiskan sedikit minyak bijan dan taburkan juga bijan yang siap disangai.

Sos ini boleh dibuat sendiri atau dibeli di supermarket atau dikedai-kedai runcit korea sekitar Ampang hilir.
Resepi sos gochujang
4 sudu makan tauchu
1-2 sudu teh serbuk cili (jika anda suka pedas)
1 sudu makan gula
Sedikit minyak bijan & air
Cara-cara
1. Cuci dan bersihkan tauchu (cuci jangan keterlaluan takut hilang langsung rasa masinnya) dan dengan menggunakan tapis santan, lumat-lumatkan tauchu tersebut sehingga halus. Setelah halus gaulkan dengan serbuk cili, gula dan sedikit minyak bijan.
Memang agak leceh membuatnya tapi dijamin halal!
Ada juga sesetengah resepi yang saya survey mereka cuma campurkan cili sos dan mayonnaise saje. Emm..yang ini saya belum cuba lagi.
Saya ada terbaca tentang topik sos cili Gochujang yang halal dan tak halal yang terjual banyak dijual disupermarket di malaysia. Dalam forum itu mereka bincangkan tentang ramuan didalam produk tersebut jadi diantara banyak komen-komen tersebut saya tertarik dengan komen yang ini:

Diantara sos cili Gochujang yang terdapat dipasaran malaysia. Tapi jika anda was2 dengan isi kandungannya tak perlu lah beli.
Pesanan ringkas dari penaja : Kali pertama cuba masak bibimbap ni memang agak leceh. Dapur kita umpama dilanda ribut taufan..memang kelam kabut. Jadi, supaya kita ni nampak seperti master chef disarankan anda buat list bahan mana yang nak dimasak dulu. Kalau saya, saya akan perap daging dulu kemudian yang lain2.
Meh saya belanja gambar...


Lauk-lauk saya ni adalah contoh saje. Jika anda ada idea masakan lain pun boleh cuba. 
Susun masakan tadi mengikut kreativiti sendiri.
Kalau dah cantik macam ni memang sayang nak makankan!..
Emm...dapnyeee
 Pastikan perut anda ada ruang kosong tau. Sebab makan bibimbap ni memang sangat kenyang.
Kalau perut tu full tapi masih gigih nak habiskan..tirulah cara Ji-eun ni 
atau pun Yeong-jae..cutekan!

Terimakasih tau sebab sudi memilih resepi saya yang tak seberapa ni. Pada sesiapa yang berminat nak cuba masakan bibimbap saya ni, dipersilakan. Saya sangat-sangat happy jika anda semua berjaya.

Minta maaf jika ada kekurangan....tapi yang pasti bila masak tu relax & enjoy.
Selamat mencuba...Love you!
다음에 봐요 - (daume ddo bayo) see you again next time!