Monday, 19 August 2013

Resepi Mee Udang Riverdale


Bersusun ajekan udang-udang tu...
Seingat saya bulan April 2010 waktu tu saya outstation ke Tasek Gelugor.. adalah buat kerja sikit so lepas seharian bekerja staf kawasan belanja makan mee udang kat Sungai Dua. Masa tu tak tau pun seafoodnya fresh & udang-udang pun king size, bayangkan bila hidangan sampai aje kat meja saya tak terkata..terkejut! itu baru mee udang, tak tengok lagi Nasi Goreng Udang!

So lepas dari kejadian tu seperti biasa balik aje ke KL saya survey le kat internet. Resepi saya ni takde sambal kalau yang ada sambal tu sure lagi best. Sebab seingat saya lagi waktu budak-budak dulu saya rajin makan mee udang di food court The Weld, jalan Bukit Bintang. Tapi sekarang food court tu dah ditutup, kosong dan tempat yang dulunya gah dengan orang-orang kaya kini lesu aje.

Baik la kalau korang teringin nak makan mee udang homemade cuba la resepi ringkas saya ni. 

MEE UDANG SAYA

Pertama kita cerita bab bahan-bahan kisar iya :

4-5 sudu makan cili kering yang telah kisar
2 sudu makan udang kering
4-6 biji bawang merah (ikut saiz bawang tu ye tuan/puan)
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia

* Semua bahan ni kita kisar halus buat penumis nanti.

Bahan-bahan lainnya :

1 bungkus mee kuning
10 ekor Udang Kertas bersaiz besar 
4 sudu makan sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu makan sos ikan (orang kata kalau masak seafood sedap bubuh sos ni)
1 biji ubi keledek merah (yang sederhana cukup)

* Udang kertas ni sedap tapi harga dia boleh tahan so untuk yang berkira-kira budget tu udang putih biasa pun dah memadai janji pilih yang beso-beso + gebu-gebu tau.

* Keledek tu kupas kulitnya potong kecil-kecil dan rebus. Sewaktu kita nak kisar nanti tambahkan dengan sedikit air rebusan udang.

Bahan-bahan extra :

Sayur sawi, bawang goreng, cili merah potong dan daun sup & bawang.

* Terpulang korang la nak tambah apa dalam hiasan nanti janji hiasan tu boleh dimakan :D 


Cara-cara masak :

Step pertama kita jerang air dalam periuk lebih kurang 3-4 cawan. Sambil-sambil tu bersihkan udang, buang ekor dan misai dia yang panjang tu. Kepala udang tu jangan dibuang tau kita rebus sekali. Rebus udang tu jangan lama asal nampak dia timbul kita asingkan dan air rebusan tu nanti kita guna untuk step seterusnya.


Step seterusya kita tumis bahan-bahan kisar sehingga warnanya bertukar merah atau pecah minyak. Step ni ambil masa sikit tau rajin-rajin kacau takut hangit.


Step terakhir kita masukkan air rebusan udang, cili sos, tomato sos, sos ikan dan keledek. Waktu ni korang boleh la rasa mana yang tak cukup tu pandai-pandai la korang tambah dan garam jangan lupa!

* Ada sesetengah resepi yang saya survey mereka ada masukkan petis tapi suami saya tak suka.

Dah pun siap senangkan nak buat kuah mee udang ni. So bila tiba masa nak hidang nanti jangan lupa pula celur dulu sayur sawi tu dan atur la ikut selera korang.

Kat bawah ni saya share lagi picture Mee Udang favorites saya supaya korang termimpi-mimpi + berebut-rebut nak buat saya jadi makcik korang!



Jangan marah Takuya Kimura pun suke tau!