Saturday 6 April 2013

Cuba la resepi Bibimbap saya ni!

안녕하세

Annyeonghaseyo

Bibimbap merupakan makanan rasmi bagi rakyat Korea. Macam kita sure la Nasi Lemak lauk ayam, sambal sotong dan telur rebus. Maksud bibimbap ni pula Nasi Campur. Nasi putih dicampur dengan pelbagai lauk seperti Namul iaitu sajian sayuran, daging lembu, telur mata dan dimakan bersama sos Gochujang. Selalunya sajian ni disusun cantik dan bila time makan pula kesemua benda-benda yang saya sebut tu digaul sekali. 

Saya mula tertarik nak buat bibimbap ni lepas layan drama korea Full House. Siapa tak kenal Song Hye-Kyo dan Rain. Part Yeong-Jae (Rain) dengan lahap makan nasi campur tu buat saya terliur.

Salah satu adegan menarik
Dalam episod ke ke 7 Lee Yeong-jae (Rain) pulang lewat selepas keluar dating dengan Kang Hye-won. Waktu ini dia terpandangkan Han Ji-eun (Song Hye-kyo) duduk didapur sambil menikmati semangkuk makanan (bibimbap). Dia yang sememangnya suka "mendera" terus sahaja menyakat dan menyamakan bibimbap seperti "makanan Scoobydoo". 
Dalam satu babak lain pula, Han Ji pula keluar berjumpa dengan nenek Yeong-jae dan terlupa untuk sediakan makan malam. Sudahnya Yeong-jae selongkar peti sejuk dan lihat ada sedikit makanan (bibimbap) yang ditinggalkan Han Ji. Mungkin sudah terlalu lapar tanpa berfikir panjang dia terus makan dengan gelojohnya.
Waktu tu juga lah tiba-tiba si Han Ji pulang..Apa lagi tersedak dan tercekek la si Yeong-jae hihihihi
Sambil mengurut-ngurut lengan Yeong-jae yang panjang tu sempat la juga Han Ji menyindir "Makan juga makanan Scoobydoo tu ye"
Disebabkan nak sangat tahu apa yang dimakan oleh Yeong-jae, saya gigih menGoogle resepi bibimbap ni dan akhirnya terhasillah resepi yang saya kira mudah, guarantee sedap & perut pun kenyang. Selalunya jika makan di restoran-restoran Korea mereka akan hidangkan bersama dengan Kimchi.
Kat sini saya sharekan resepi kimchi 
 klik sini

Bahan-bahan untuk 3-4 hidangan

1 ikat Sayur Bayam
1 cawan Daging batang pinang
1 cawan Karot
2 cawan Cendawan Shitake
1 Cendawan Enokitake
Minyak bijan
1 ulas Bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan Kicap soya
1/2 sudu makan Kicap pelat 
1 sudu makan Bijan pangggang
3 biji Telur
minyak untuk menggoreng
garam & gula
Ketulan ais

Jom follow step by step
Sayur bayam :
Jerang air bersama dengan sedikit garam. Sementara menunggu tu kita siang dan bersihkan sayur bayam dari pasir-pasir yang melekat. Kemudian apabila air sudah mendidih masukkan sayur dan masak seketika. Setelah itu toskan dan alih ke dalam mangkuk berisi air dan ketulan ais.

Selepas seketika ambil sayur tadi, genggam dan perahkan airnya perlahan-lahan. Didalam mangkuk bersih, gaulkan sayur bayam ni dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan.

Cendawan Enoki :
Step ni lebih kurang sama dengan step sayur bayam di atas cuma hujung cendawan yang perlu dipotong.

Karot :
Bersihkan dan kupas kulitnya. Karot ini dipotong kepada 3 dan dihiris nipis. Panaskan kuali pan dengan sedikit minyak, goreng sehingga lembut. Ketepikan.

Daging :
Daging yang sudah dibersihkan hendaklah dipotong kecil dan nipis. Kemudian digaulkan bersama kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam. Perapkan daging ni dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Setelah 30 minit panaskan kuali pan bersama sedikit minyak dan goreng daging sehingga masak. Ketepikan. Saya potong daging ni nipis dan lebar-lebar tapi terpulang pada selera masing-masing. nak gunakan daging hancur pun boleh kot hihihi

Cendawan Shitake :
Bersihkan dan potong cendawan. Kemudian panaskan kuali pan dengan sedikit minyak dan goreng seketika. 

Telur Mata : 

Telur sedap jika di goreng separuh masak. Biar kuningnya lembek jadi bila kita makan terasa lah moist pada bibimbap tu nanti.

Step akhir :

Isikan nasi putih (saya guna beras biasa) ke dalam mangkuk favorites dan susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti. Sudukan sos Gochujang dan jangan lupa titiskan sedikit minyak bijan dan bijan panggang...siap dah boleh makan.

Sos Gochujang ni boleh didapati di supermarket atau di mini market korea sekitar Ampang hilir. Atau boleh dibuat sendiri juga ....

Resepi sos gochujang homemade
(1)

4 sudu makan Tauchu
1 sudu teh serbuk cili babas
1 sudu makan gula
sedikit minyak bijan & air

Cuci dan bersihkan tauchu (manja-manja je tau) dan dengan menggunakan tapis santan, lumat-lumatkan tauchu tersebut sehingga halus. Setelah itu gaulkan tauchu bersama serbuk cili, gula, minyak bijan.

Resepi sos gochujang homemade
(2)

1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan air putih
(Satukan dua bahan ini ke dalam bekas microwave kemudian tutup dengan plastik wrap dan panaskan sehingga 15 minit. Keluarkan dan kacau sehingga menjadi jadi paste)
Kemudian gaulkan 1-2 sudu makan Serbuk cili Gochugaru
1-2 sudu makan gula pasir, 1 1/2 sudu teh kicap soya, sedikit garam

Nota : Sukatan ikut selera masing-masing ye

Resepi sos gochujang homemade
(3)
Ada juga resepi yang saya google mereka cuma campurkan cili sos dan mayonnaise saje. Emm..yang ni saya belum cuba lagi.

Saya terbaca tentang topik sos cili Cochujang halal dan non halal yang terjual dipasaran Malaysia. Dalam forum tu mereka bincangkan tentang ramuan di dalam sos tersebut. Diantara komen-komen tersebut saya tertarik dengan komen yang ini :
Diantara sos cili Gochujang yang terdapat dipasaran. Tapi jika was-was tak perlu lah beli.
Atau boleh saje kita order barang-barang Ommason ni di Shopee. Terjamin halal.

Kali pertama masak bibimbap ni memang agak leceh. Dapur kita umpama dilanda ribut taufan..memang kelam kabut!. Jadi untuk nampakkan kita ni master chef apa kata kita listkan bahan mana yang nak dimasak dulu. Kalau saya..pertama saya akan perap daging kemudian yang lain-lain.

Meh saya belanja gambar ...
Lauk-lauk untuk bibimbap ni boleh je di tukar ikut selera kita
Susun masakan ikut kreativiti sendiri
Tapi kalau dah cantik macam ni memang sayang nak makankan!
Begini lah rupanya bila dah digaul 
emm..dapnye
Pastikan perut kita kosong tau hihihi
Kalau perut tu full tapi masih gigih nak habiskan..sila tiru cara Han ji ni
atau pun cara Yeong-jae...cutekan

Terimakasih tau sebab sudi cuba resepi yang tak seberapa ni. 
Minta maaf kalau ada kekurangan..
Selamat mencuba..Love you

다음에 봐요 - (daume ddo bayo) see you again next time!

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...