Monday 17 June 2013

Resepi Mee Kari Daun Kesom


Resepi ni saya dapat dari sahabat lama, sahabat sewaktu di SMPW K. Lumpur. Cerita sahabat ni yang biase dipanggil Mem Besar dalam facebook, dia pun dapat dari seorang peniaga berbangsa cina. Aso tu beritahu untuk dapatkan kuah mee kari yang sedap mesti masukkan daun kesom!.. "Ooo tu yang buat magik", kata Mem Besar dan resepi ni tak menggunakan isi kerang tapi boleh diubah ikut selera anda. Jom kita cuba resepi mee kari ni..

Bahan-bahan (Hidangan untuk 2-4 orang)

Untuk tumis wangi
1 batang Kulit kayu manis
2-3 biji bunga lawang

Bahan untuk blender
1 s/mkn Udang kering
2 ulas Bawang putih
Sebiji Bawang Besar (yang sedang)
Sedikit Belacan lebih kurang besar ibujari
1 batang Serai
3 s/mkn Cili blender

Yang lain-lain
3 paket Rempah kari ikan Babas
1 1/2 atau 2 biji kelapa untuk 2 mangkuk Santan
2 cawan Air rebusan Udang
2 biji ubi Keledek (bersihkan, kupas, potong, rebus dan lenyekkan)
Udang basah - Ikut rezeki masing2 kalau mampu beli la udang besar2 :D
4-6 tangkai Daun Kesom 
7-8 helai Daun kari
1/2 atau 1 cawan minyak masak

Ekstra dan terpulang
Tauhu goreng
Fish cake
Kacang panjang
Bawang goreng
Limau kasturi
Telur ayam rebus

Cara :

Selalunya lepas aje balik dari pasar tani Taman Melawati saya akan siang udang kemudian saya rebuskan kulit-kulit udang tu dengan 3 cawan air hingga mendidih, tutup api. Bila dah sejuk tapis dan simpan air rebusan tersebut.

Steps seterusnya saya akan siapkan bahan-bahan untuk dikisar. Setelah dikisar, ketepikan dan seterusnya saya akan bancuhkan serbuk kari untuk dijadikan pes. Siap kesemua bahan saya akan mulakan dengan menumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang bila berbau harum saya teruskan dengan memasukkan bahan-bahan kisar. Masak dengan api sederhana kemudian masukkan pes kari dan masak sehingga terbit minyak, waktu ini boleh la dimasukkan daun kari.

Steps berikut bila tumisan tadi nampak cantik masukkan air rebusan udang, santan dan keledek lenyek tadi. Masak kuah kari ini sehingga mendidih dan masukkan daun kesom, tauhu goreng dan fish cake. 
Akhir sekali saya akan masukkan udang dan masak seketika, suai rasa dan tutup api.

Sempoi ajekan resepi ni so korang boleh la cuba. Bahan-bahan lain seperti kacang panjang tu saya rebus asing begitu juga dengan telur. Ada juga yang makan bersama taugeh, sayur sawi dan isi ayam ikut masing-masing punya idea dan selera.

So lepas makan relax jab pastu mintak tolong dengan si belang urut2kan belakang badan .. kasi sendawa sikit.

Selamat mencuba kawan-kawan!..muah!

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...