Saturday 27 September 2014

Resepi Stew Ayam


Assalamualaikum semua...

Kali ni saya nak share resepi stew ayam yang simple dan sedap. Saya ni selalu jugak dengar orang2 cerita pasal masakan stew ni tapi tak pernah rasa jauh sekali nak mencuba. Lain orang lain resepinye, jadi pada sape2 yang nak cuba resepi ni silakan ye!

Bahan2nye  

Sebelah bahagian ayam dipotong kecil
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar
1 biji bawang Holand 
sehelai daun basil kering
2 batang lobak merah/carrot
2 biji besar ubi kentang
1 tin cendawan butang
3-4 gelas air bersih
1 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu makan kicap tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk Oregano

Jom masak


Dalam resepi ni saya gunakan sebelah bahagian ayam dan dipotong 16. Memang saya saje masak isi ayam tu besar2 sebab suami suke. Jadi balik dari pasar saya terus bersihkan ayam dan perapkan dengan serbuk lada hitam bersama garam. Saya perap ayam tu selama 2 jam didalam bekas bersih dan letakkan didalam peti sejuk. Agak2 dah 2 jam, keluarkan ayam biarkan sebentar kemudian salutkan dengan tepung gandum dan goreng separuh masak. Ketepikan.


Carrot dan ubi kentang saya potong serong dan besar2. Cendawan saya masak bulat2 cuma saya kelarkan sedikit dibahagian atasnye. Kicap MUDIM yang sedap berlemak tu saya beli di Jerlun, Kedah. Kesemua sos dan kicap tu saya sukat guna sudu besar kecuali oregano...tu sudu kecik aje.


Ok semua kedua2 bawang tu saya potong dadu kemudian tumis bersama daun basil sehingga bawang2 tu layu dan berbau harum. Setelah itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaulkan seketika pastu masukkan air, carrot, ubi kentang dan cendawan. 


Masak hingga kuah agak2 mendidih dan masukkan kicap, kicap tiram, cili sos dan tomato sos. Air tu korang agak2 la ye...macam saya ni suke makan ala2 itik so kene berkuah sikit. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung bersama sedikit air kemudian perasakan dengan garam dan serbok oregano. Teruskan memasak atau sehingga carrot dan ubi kentang lembut.

Stew sedap kalau makan bersama roti bawang atau Garlic Bread. Tapi saya dan suami suke makan dengan nasi putih aje atau roti putih Gardinea. 

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...