Saturday 8 March 2014

Resepi Laksa .. Janji Boleh Makan


Assalam semua :D ..


Salam sayang pada korang2 yang suka makan laksa kedah. Payah nak cari laksa yang sedap kat KL ni .. 

Nak cakap saya pandai sangat memasak niiiii tak juga. Dulu waktu arwah mak ada tak nak belajar la ni bila nak makan baru la sibuk cari buku resepi. Tapi rasanya semua orang pandai buat laksa kot sebab masak kuah laksa ni memang senang cuma bab asingkan tulang ikan tu yang boring sikit.

Jom kita tengok resepi saya ni ... sama tak dengan resepi korang. Saya cerita bahan2 asas dulu iye!



Untuk yang tinggal berdua macam saya dengan kamel .. selalunya saya suka beli ikan sardin segar lebih kurang 4-5 ekor. Tengok saiz juga la kalau kata hari tu pasar tani macam tak best aje..jual ikan kecil2, korang beli la lebih sikit. 

Ada juga yang suka masak kuah laksa ni gunakan ikan kembong, terpulang pada selera masing2. Saya suka ikan sardin sebab rasa dia lemak2 manis.

Yang ni pula udang saiz sederhana, lebih kurang 10 ekor. Resepi laksa kali ni saya belajar dari orang Jerlun, Kedah. Motif udang dalam resepi senang aje .. nak buat kuah tu manis sikit (kata dia). So bila saya tanya pendapat kamel..dia kata 'ok'.



Bawang besar 1 biji dan cili kering 10-15 biji tapi bila nak masak nanti saya guna 1 senduk nasi saje. 

Cili kering ni digunting kecil2 kemudian dibersihkan dan rebus hingga kembang. Untuk elakkan cili ni jadi sangat pedas, sebelum rebus tu buangkan biji2 cili.

Tak sah kalau tak masukkan dua benda ni, daun kesum dan bunga kantan. Saya suka bau dan rasa bunga kantan..sedaapp :D





Asam keping ni nak lebih sikit sebab nak kuah tu masam. Dulu waktu mula2 nak masak, test saya memang out. Saya tak pandai nak rasa kuah laksa tapi nasib baik ada kamel, bab2 rasa ni dia memang top. So sejak tu kalau nak masak laksa make sure asam keping mesti ada dalam stok.


Step 1
Bersihkan dan buang isi perut ikan. 
Kemudian rebus ikan bersama sekeping asam keping. 
Rebus ikan sehingga isi ikan lekang dari tulang. Keluarkan ikan 
kemudian tapis air rebus ikan tu.
Step ni la yang paling2 mencabar, asingkan dan buang tulang ikan. Boleh tertidur dibuatnya.

Ini la hasil dari proses pengasingan tulang2 dari isi ikan.

Tulang2 ikan tadi jangan dibuang. Ambil sedikit air rebusan ikan kemudian blend dengan tulang ikan tadi. Lepas tu tapis tau jangan tak tapis.

Step 2

Isi ikan dan udang tadi kita blend bersama sedikit air rebusan kemudian campurkan kesemua bahan seperti cili, daun kesum, bunga kantan dan asam keping didalam periuk. 


Yang comel ni pula Belacan. Ada yang suka bubuh belacan dalam kuah laksa ada yang tak, semua ni terpulang. Kalau saya ... saya buh sikit aje
Rebus dan masak kuah laksa tu hingga pekat dan suaikan rasa. Nak lebih masam ke .. nak lebih masin ke, terpulang.
Kuah laksa ni elok kalau kita masak awal sebelum kita nak hidangkan.

Step 3

Step paling best ... makan time.

Waktu saya outstation ke Jerlun tak lama dulu staf kawasan ada bawa saya jalan2 makan laksa. Yang saya perasan gerai2 laksa kat sana mesti ada sebotol kicap Mudim. Mereka makan laksa dengan kicap. Mula2 tu confius juga tapi bila dah rasa .. sedap gak :)

So ini la saje resepi laksa yang saya nak kongsi dengan korang semua. Saya memang peminat setia laksa mungkin sebab arwah mak saya orang utara yang suka masak dan makan laksa kot. Ingat lagi macam mana arwah mak saya punya la nak ambil hati ipar duai dia yang berketurunan minang. Setiap kali nak makan laksa mereka main order aje sedangkan kalau kami datang ke rumah mereka, biskut lemak dan teh o aje yang dihidangkan.


Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...