Sunday 6 April 2014

Resepi Spaghetti Bolognese


Assalam semua,
Kali ni saya nak share resepi Bolognese atau kuah daging untuk dimakan bersama spaghetti atau pasta-pasta yang menjadi pilihan korang semua. Saya dapat resepi ni dari rancangan realiti tv di Food Network channel 727, astro iaitu Diners, Drive-Ins & Dives.
Pada yang biasa tengok rancangan ni korang sure tahu yang host ni akan singgah kejab kat restoran2 pilihan untuk rasa masakan disitu dan owner restoran tu pulak memang baik hati sebab kongsi resepi2 yang diminta host montel lagi gebu, siapa lagi kalau bukan encik Guy Fieri.

Untuk resepi ni saya pakai agak2 aje bahan2 yang disebut oleh tukang masak. Paham2 aje dah namanye pun singgah kejab ala2 drive thru so setiap bahan2 tu diaorang main sebut dan campak2 aje pandai2 la korang save kat folder resepi otak tu. 

Masa mula2 nak try buat resepi ni saya tanye kamel dulu. Dia tak kisah janji kuah merah jangan kuah putih, maksud dia kuah merah atau putih tu yang merah Bolognese lah yang putih tu yang Carbonara!..dia tak suke. Pujuk la macam mana sekali pun haram dia nak sentuh. 

Ok la jom kite tengok bahan2 untuk kuah merah ni..

1 biji bawang belanda atau holland
1-2 batang lobak merah atau carrot
1-2 batang celery 
* Kesemuanye dipotong dadu.

bahan seterusnye ..
3 tin kecil tomato Duchef (saya suke tomato ni sebab rasanye yang tak berape nak masam)
1 kotak susu segar Goodday (350 ml)
1 bungkus besar Daging Kisar Azmy
1 cawan air bersih (kalau ikut resepi betul mereka guna red wine)
sedikit serbuk buah pala atau nutmeg powder
sehelai daun basil kering atau thyme
garam & gula
minyak zaiton
1 sudu makan mentega

Cara masak pun senang aje :

1 - Dengan api sederhana panaskan periuk dan tuangkan minyak zaiton bersama dengan mentega.

2 - Masukkan bawang, lobak merah, celery & daun basil atau thyme. Masak hingga bawang bertukar warna dan lembut.

3 - Masukkan daging kisar, gaulkan bersama2. Masak dalam 2-3 minit kemudian masukkan air bersih dan masak lagi sehingga daging bertukar warna.

4 - Masukkan tomato puree bersama susu segar dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Masak lagi sehingga kuah menjadi agak2 pekat. 

5 - Jangan lupa serbuk nutmeg, garam & gula tau. Suai rasa dan kalau semua rasa ok boleh la tutup api.

Saya suke masak awal sikit dari masa hidang sebab nakkan rase yang yummy!. Well.. percubaan pertama saya tak menghampakan, kamel bagi 5 bintang. Rase kuah bolognese ni tak le masam macam resepi saya yang dulu mungkin sebab susu kot, so rase dia memang boleh layan la. Terpulang pada selera korang ok :)



give me five ...



Salam sayang semua .. bye2



Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...