Saturday 27 September 2014

Resepi Stew Ayam


Assalamualaikum semua...

Kali ni saya nak share resepi stew ayam yang simple dan sedap. Saya ni selalu jugak dengar orang2 cerita pasal masakan stew ni tapi tak pernah rasa jauh sekali nak mencuba. Lain orang lain resepinye, jadi pada sape2 yang nak cuba resepi ni silakan ye!

Bahan2nye  

Sebelah bahagian ayam dipotong kecil
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar
1 biji bawang Holand 
sehelai daun basil kering
2 batang lobak merah/carrot
2 biji besar ubi kentang
1 tin cendawan butang
3-4 gelas air bersih
1 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu makan kicap tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk Oregano

Jom masak


Dalam resepi ni saya gunakan sebelah bahagian ayam dan dipotong 16. Memang saya saje masak isi ayam tu besar2 sebab suami suke. Jadi balik dari pasar saya terus bersihkan ayam dan perapkan dengan serbuk lada hitam bersama garam. Saya perap ayam tu selama 2 jam didalam bekas bersih dan letakkan didalam peti sejuk. Agak2 dah 2 jam, keluarkan ayam biarkan sebentar kemudian salutkan dengan tepung gandum dan goreng separuh masak. Ketepikan.


Carrot dan ubi kentang saya potong serong dan besar2. Cendawan saya masak bulat2 cuma saya kelarkan sedikit dibahagian atasnye. Kicap MUDIM yang sedap berlemak tu saya beli di Jerlun, Kedah. Kesemua sos dan kicap tu saya sukat guna sudu besar kecuali oregano...tu sudu kecik aje.


Ok semua kedua2 bawang tu saya potong dadu kemudian tumis bersama daun basil sehingga bawang2 tu layu dan berbau harum. Setelah itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaulkan seketika pastu masukkan air, carrot, ubi kentang dan cendawan. 


Masak hingga kuah agak2 mendidih dan masukkan kicap, kicap tiram, cili sos dan tomato sos. Air tu korang agak2 la ye...macam saya ni suke makan ala2 itik so kene berkuah sikit. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung bersama sedikit air kemudian perasakan dengan garam dan serbok oregano. Teruskan memasak atau sehingga carrot dan ubi kentang lembut.

Stew sedap kalau makan bersama roti bawang atau Garlic Bread. Tapi saya dan suami suke makan dengan nasi putih aje atau roti putih Gardinea. 

Selamat mencuba!


Sunday 21 September 2014

Resepi Kari Ayam Pantai Timur


Assalamualaikum semua ..

Kali ni saya nak share cara masak kari ayam yang sedap. Saya dapat resepi ni dari orang2 pantai timur..mula2 tu hairan juga sebab mereka masukkan gula atau nesan dalam masakan. Tapi bila dah rasa baru tau betapa sedapnya kari orang pantai timur ni.


Baik lah jom kite layan resepi kari ayam ni.

Bahan-bahan 


1 ekor ayam sederhana (dipotong 16 atau 18 terpulang)

5 biji bawang merah (hiris2kan)
3 ulas bawang putih (hiris2kan)
*1 1/2 paket serbuk kari ayam Babas
*1 sudu teh serbuk cili
* kedua2 serbuk ni korang bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan air asam jawa
1/2 keping nesan (sejenis gula ala2 gula melaka, korang boleh beli kat kelantan atau pasar tani)
2 cawan santan pekat
ubi kentang
cili hijau (Banana Chili Paper)
terung bulat
2 tangkai daun kari

Cara nak masak




1. Tumis kedua bawang yang dihiris tadi bersama daun kari sehingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari & serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.


 2. Bila tumisan tadi dah pecah minyak masukkan ayam yang telah dibersihkan. Kacau rata selamat 2 minit kemudian masukkan ubi kentang dan santan. Masak lagi selama 10 minit.



3. Akhir sekali masukkan cili hijau, terung bulat, gula nesan, air asam jawa dan garam. Masak sehingga ayam dan ubi kentang lembut.

Nota

Apa yang saya rase beza resepi dia dengan saya cuma dia guna nesan sejenis gula manisan yang hanya dapat di negeri pantai timur. boleh dikatakan kesemua resepi masakkan mereka gunakan manisan ini. Dalam resepi kari ayam ni dia ajar saya gunakan Banana Chili Paper, cili ni rangup dan ade rase manis sikit.




Harapan saya kalau korang nak try resepi ni cuba ikut betul2 bahan yang saya sharekan tu. Sebab kalau sekali dah cuba sure nak cuba try test berkali2. Papepun bergantung pada selera masing2, saya share sebab sayang korang semua.

Selamat mencuba!




Sunday 7 September 2014

Resepi Mee Udon Goreng Black Paper


Assalam semua,

Saya pernah cuba makan mee udon disebuah restoran, rasa mee udon tu masin, isi dalamnye pun tak banyak mane dan tekak saya tak boleh nak terima. Sehingga la suatu hari tu kawan saya sharekan resepi mee udon goreng black papernye pada saya. First time cuba masak, suami saya dah tanye bila nak masak lagi. Tu tandanye 5 bintang dan dia suka sesangat. 


Cumanye saya tambah2 sikit, ikut lojik tekak. Nak masak pun senang sangat!


Jom kite tengok resepi versi saya... 


Mee Udon Goreng Black Paper

2 paket mee Udon

1/2 biji bawang Holand atau ade orang cakap bawang Belanda
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos black paper (tak kisah jenama)
1/2 sudu teh serbok lada hitam
1 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan air
Isi ayam atau daging terpulang dalam resepi ni saya guna isi ayam
2 biji cili Capsicum

cara :


- Mee udon tu dibersihkan dengan air bersih, ingat tau mee ni mudah patah so bersihkan perlahan2 iye.


- Bawang2 berdua tu dihiris2. Begitu juga dengan ayam dipotong2 kecil dan jangan lupa cili2 capsicum, dia ni pun kene hiris.


Ok jom masak ....




Step pertama tumis kedua2 bawang hingga layu kemudian waktu ni boleh la masukkan isi ayam. Masak hingga ayam tu kekuningan atau masak, bukan sampai garing tau. Lupe nak bagi tahu dalam resepi ni saya masukkan juga pedal ayam sebab suami kate jangan membazir. So kepingan2 color cokelat tu pedal yang dihiris tau.

Seterusnya masukkan air, sos black paper & kicap pekat. 



Masak hingga kuah agak2 pekat kemudian masukkan mee udon. Gaul kesemuanya dan masak lebih kurang 2 minit pastu boleh lah masukkan cili capsicum.



Macam ni lah rupanye bila semua bahan2 digaulkan..tapi ni belum masak lagi. teruskan aktiviti menggoreng ni hingga lah cili2 tu nampak lembut. 



Alhamdulillah ini la hasilnye. Saya langsung tak masukkan garam atau sebarang perasa extra sebab resepi yang saya 'ubah suai' ni memang dah sedap (angkat bakul nampak).Tapi katanye korang ni kuat masin boleh la boh sikit ye.  

Rahsia yang buat mee udon ni sedap... tak lain dan tak bukan ialah rasa dari cili Capsicum tu. Agaknye lagi banyak lagi sedap kot!


Selamat mencuba.




Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...