Monday, 30 November 2015

Cuti-cuti Korea..Sarange


Assalam semua,

Kali ini saya post sikit cerita holiday saya ke negara Korea awal tahun ini. Nak cerita detail macam trip Bali hari tu saya dah tak ingat sebab tiket2 & nota2 yang saya simpan tu dah hilang ntah kemana.  
Ikut plan asal kami nak pergi musim autumn 2014 tapi memandangkan pada tahun itu ada pula kapalterbang kita mengalami kecelakaan maka niat tu kami lupakan saje.
Ingatkan memang betul2 la tak pergi tapi tiba2 Elena beritahu trip korea jadi la pula. “kakak..kita jadi tau pergi korea, kita pergi bulan satu next year ”.
Tempat2 yang kami ronda pun tak banyak sebab main redah aje, janji bila ada yang tanya 
“ko penah pegi korea?” 
… “Ne”. 
Saya dan john memang 100% bagi kepercayaan pada elena sebab dia pandai BI (bukan tak pandai tapi segan) So trip kami ni memang lawak, kelam kabut & yang penting happy! 
Jadi saya beritahu awal2 tempat yang kami pergi iye ...

Myeongdong, Nandaemun, Dongdaemun, Nami Island, Itaewon

31/01/2015 (sabtu)
Kami naik Airasia je sebab murah dan nasib kami Baik sebab kru yang rajin melayan kami memang spesis oppa yang elok2 aje rupanya. Tak cerah sangat dan tak tinggi sangat memang sedap2 mata memandang la hihihihihihi

Kami sampai agak2 petang dan saya bagi 5 bintang++ la kat airportnya yang sangat besar, bersih, moden, cantik & suhu sejuk waktu tu mencecah negatif 5. Rata2 staf dekat airport ni memang cantik2 dan lebih2 lagi kat kaunter pertanyaan, muka macam artis. 

Mula2 lagi mereka tanya tentang transport, mahu naik bas atau teksi untuk ke hotel lepas tu mereka minta kami segera ke tempat train untuk ke station seterusnya iaitu station Myeondong. Terhegeh2 juga la kami berlari2 sebab minah tu cakap teksi yang nak bawa ke hotel tu akan sampai 15 minit lagi.

Sampai di station Myeondong kami terus ke kaunter dan diminta tunggu sebentar, agak2 10 minit juga la. Waktu ni juga la tiba2 kepala saya dah naik pening mungkin sebab sejuk sangat kot!.

Ishh..waktu ni rasa memang sejuk gila sebab ni 1st time kami nak try merasa bercuti musim sejuk. Taubat kot cukup la sekali ni hahaha..
Teksi2 mereka besar & selesa, hilang rasa sejuk bila tengok kiri dan kanan jalan yang sibuk. Macam nak cuti sebulan rasanya. Aduhai bila nak sampai niii!!!

Elena sempat lagi borak2 dengan pakcik driver, rupa2nya dia pernah duduk kat Malaysia..2 tahun tau tapi sayang dia tak pandai cakap bahasa kita. 

Jarak station dengan hotel tu tak jauh mana pun lebih kurang 5 minit aje.
Kami tinggal di Staz Hotel, Myeondong yang selesa dan ada 7E pula tu. Kedudukkan hotel ni umpama macam dekat area Jalan Ipoh. Kiri kanan jalan banyak kedai2 jual jubin2, barang2 binaan la tapi tak sesak. 

Pumpang2 lebih kurang pukul 7 kami dapat kunci. Sampai je kat bilik saya makan roti dan telan Panadol, dah tak boleh nak gerak sebab kepala ni macam nak tercabut. Yang dua orang lagi tu punya la galak salin pakaian “nak ronda2 nak tengok korea waktu malam” katanya. Tapi sebenarnya gatal nak tengok oppah la tu..macam aku tak tahu!

Tak lama pun mereka keluar sebab suhu sejuk sangat. Tapi dalam sejuk2 tu sempat juga diaorang beli dan makan streetfood yang banyak dijual seperti Ddeokbokki (sejenis sneak) dan Hotteok (pancake korea).

Jam 4 pagi kami terjaga dari tidur. Sebenarnya masing2 exited nak tunggu pagi so mula la cerita ngarut2, entah tiba2 kami teringat hotel kami ni ada 7E. Apa lagi kami pakat nak try Banana Milk yang selalu orang cerita tu.
01/02/2015 (ahad)

Nak berjalan sangatkan, jadi plan pertama kami elena ajak ke pasar Nandaemun. Kata elena ada orang bagi tahu kalau nak borong masker2 atau skincare elok datang sini sebab murah. Kat pasar ni rata2 ramai ajusshi dan ahjuma yang berniaga. Ada sekali tu kami masuk satu kedai jual Seaweed. Apa punya jampi oppa ni guna kami borong banyak seaweed macam2 rasa kat kedai dia. Ada yang rasa original, masin sampai la yang kepedas. 
Lepas borong kami singgah pula sarapan digerai2 yang sedia ada. Ahjuma dan ajusshi gerai makan ni baik betul, bila tengok kami menggigil kesejukkan mereka tutup atau hadang gerai mereka dengan birai plastik yang transparent dan suruh kami duduk berdekatan dengan alat pemanas. 
Digerai ni kami pesan Odeng sejenis fishcake, Kimbab sushi, Pajeon dan Korean Ramen sup.
Kamsahamnida!
Terus terang suhu waktu ni memang sejuk gila, tangan ni tak boleh nak keluar dari poket walaupun dah pakai glove. Kalau ikutkan memang banyak gambar tapi trip korea ni menguji mental dan fizikal betul. Disebabkan itu juga kami banyak menggunakan perkhidmatan teksi dari berjalan kaki. 

Lebih kurang 2 jam dipasar Nandaemun kami pun gerak balik kehotel dan bersiap2 pula ke N Tower. Rupa2nya kalau nak kesitu tak perlu susah2 naik teksi sebab hotel ini menyediakan khidmat mini bas untuk bawa kemana saje destasi yang berdekatan. Free je!
Punya la terpengaruh dengan style makeup winter, tengok la color lipstic saya yang merah menyala tu bukan korang aje yang 'mengata'.. orang2 korea sendiri pun dok mengata saya juga. tahu daahh! 

Untuk ke N Tower ni kita kena naik cable car dan agaknya hari cuti kot penuh dan padat cable car tu.
Cantiknya view di sekitar N Tower ni, john dan elena tak renti2 posing dengan macam2 gaya ngalah artis Kpop. Kalau nak tengok bandar2 seperti Myeondong atau Nandaemun sila la naik Menara N ni dan kat sini ada "Locks Of Love" bagi mereka loving2 tu boleh la gantung manga cinta kat sini. Lagi satu sepatutnya kata elena ada Teddy Bear Museum tapi sayang dah takde. Tak tahu pindah kemana. 
                          

Jalan2 sudah posing2 pun sudah tengok keliling ramai yang nak beransur tanpa pikir panjang kami ikut aje crowd didepan, akhirnya kami perasan yang kami dah melalut ntah kemana. Takut juga sebab hari makin lewat petang. Nasib baik kami terserempak dengan student malaysia kalau tidak tak tahu la. 

Akhirnya kami decide turun di Myeongdong dan naik teksi ke Itewon. Disini banyak kedai makanan halal tapi pening juga nak pilih. Akhirnya kami pilih kedai pak arab (tak ingat nama kedai tu) satu potion atau satu set makan dia macam empat orang makan. Banyak sangat tak larat nak perabih. Kat kedai ni juga kami terjumpa dengan pelancong dari Singapura dan dua orang mamat dari malaysia, nasib diorang berdua ni macam kami juga la.
Borak punya borak terbuka cerita pasal Nami Island. ikutkan esok mereka nak follow, masalahnya kami sendiri pun main redah je. Tetiba ada yang menegur rupa2nya student dari malaysia lagi. Kali ni dari info budak tu macam konfiden sikit kalau nak pergi sendiri. Sebolehnya kami tak mahu ajak mamat  berdua tu bukan mereka jahat ke gatal ke tapi takut sesat. Kalau kami bertiga aje takpa, buat yang berdua tu menangis macam mana!

Lepas dinner kami balik ke hotel, memang letih betul hari ni. Elena teringin nak main game di 7 luck casino takkan nak biar dia pergi sorang2 jadi saya dan john follow la. Kami tak masuk pun tempat tu ok. Kami duduk diluar dan posing2 sebab kat luar casino tu banyak lampu2 cantik.
Lebih kurang sejam lebih disana kami pun pulang kehotel. Ngantuk ooiiii!!!
Entah pukul berapa kami tidur pun tak ingat tapi pagi tu jam berapa kami pakat turun lagi cari makanan kat 7E. Bukan lapar mana pun cuma tergian minum banana milk, Triangle Kimbab dan green tea latte.

02/02/2015 (isnin)

Wah2 pagi tu kami bersiap bak artis korea sebab nak ke Pulau Nami atau Pulau Cinta Sonata. Kali ni elena menggunakan segala kuderat bertanya dibahagian reception cara2 nak ke pulau nami. Tengok pada airmuka elena kami memang yakin elena boleh bawa kami dengan selamat. 

Sebenarnya nak kestation berdekatan hotel tu ambil masa 2-3 minit je tapi disebabkan sejuk yang agak melampau jadi 10 minit la pula dan kalau tak silap nama station ni Euljiro 3-ga Station. 

Mak ai berbelet2 juga subway ni…pada mereka yang kurang berjalan disarankan setahun sebelum nak melancong ke korea korang kena selalu displin berjalan kaki, sebab kat sini memang banyak tangga dan lorong2 yang memang sibuk. Kalau jenis yang jalan macam kura2 jangan la terasa hati kalau korang nampak ahjuma2 dan ajusshi2 potong line korang iye!
Kat sini sama juga macam station lrt korang kena beli tiket tapi berhati2 tau sebab kat subway ni ramai gelandangan. Ada sorang oppa muka tak siap ni siap lepak sebelah dan tunggu duit baki kami lagi. Nak ditegur takut nanti kalau senyum dia ingat lain pula so kami buat dono je tapi yang jadi problem waktu tu kami tak reti nak guna tiket pula!.  

Nak minta tolong orang segan, alih2 kami terperasan sorang ajusshi ni tekan satu button dah bercakap dengan pegawai station pastu sekelip mata ada satu pagar terbuka. Kami pun ikut buat benda yang sama cuma bercakap dalam BI entah pegawai tu paham ke tidak sekali lagi pagar tu terbuka apa lagi kami bertiga keluar macam tu saje. Alhamdulillah tak kena tangkap!

Train mereka agak luas kalau berdiri boleh buat 3 line dan perjalanan ke station seterusnya pun agak selesa. Akhirnya kami berhenti di station Cheongyangni dekat2 dengan Lotte Plaza atau Lotte Department Store tempat orang2 kaya shopping. Punya leka berjalan baru perasan train dah nak sampai, bayangkan kami punya kalut berlari sehingga john tercicir sebelah glove dan elana hilang snow ear muffs… 

Train yang bawa kami ke Nami Island ini macam komuter tapi jauh beza sebab cantik, selesa dan toiletnya luas & bersih. Agak jauh juga perjalanan ni, kiri kanan jalan dihiasi dengan view saki baki salji2 dan mata kami pun mula mencair…ngantuk sesangat.

Akhirnya kami sampai di Gapyeong Station tapi untuk ke Nami Island kena naik shuttle bas dulu kemudian ferry. Dengar cerita ada dua cara kalau nak ke pulau ni sama ada naik ferry atau kalau rajin dan ingin percutian yang adventure try naik Zipwire.
Musim yang paling best datang Nami Island ni ialah musim autumn sebab ramai yang kata  musim ni memang viewnya sangat cantik dan berbaloi pergi tapi sayang sekarang yang tinggal hanya pokok2 kering dan saki baki ais je.
Tak sah orang kata kalau kesini tak bergambar dengan statue hero dan heroin drama Winter Sonata, peluk2 pokok, naik mini roller coster, kejar2 tupai, borak2 dengan burung Ostrich, main masak2 dalam rumah Iglu…memang banyak aktiviti kat pulau ni rupanya.
Selesai makan pankcake manis berserta kopi O di Sonata Cafe kami pun gerak balik ke ferry dan naik semula bas tuk ke station Gapyeong. Suhu waktu ni makin menjadi2 sejuknya, kami dah mati kutu cari tempat yang boleh panaskan badan. Cakap pun dah mula merepek2.
Bila tengok orang terlompat2 tuk panaskan badan kami pun try buat tapi masih sejuk lagi. Suhu waktu tu entah negatif berapa..taubat2 memang last la jalan2 musim sejuk. Jam dah masuk pukul 7.00 malam  train tak tunjuk muka lagi. Kami betul2 hilang focus dan hampir menangis pun ada.

Kami sepakat turun di Myeongdong Station. Bagi saya dan john yang dah giveup dengan sejuk beku ni kami dah tak ingat apa dah, kami nak balik ke hotel je tapi bila keluar saje dari station tu dikiri kanan jalan penuh dengan tempat2 shopping, kata elena “esok malam kita datang lagi tapi sekarang saya mahu cari itu duty free ada orang kirim barang” tapi sayang bangunan duty free yang megah besar tu boleh tutup awal kau! Pukul 8.00 dah tutup gitu mahu tak kecewa si amoy ni. 

Tak ingat pukul berapa kami balik kehotel. Penat sesangat kesian kawan saya john kasut dia dah jadi mulut buaya ..bole tak perasan! Plus rupanya kaki dia memang dah sakit waktu di Nami Island lagi cuma dia tak mahu rosakkan mood kami, jadi dia tahan saje. Ikutkan plan esok kami nak ke Everland Team Park jadi nak tak nak kena juga cari kasut baru. Bagi nak kurangkan sakit kaki tu kami belikanCold Spray dan gerak semula ke Dongdaemun market untuk beli kasut.

03/02/2015 (selasa)

Berat juga keputusan ni tapi saya dan elena kesian pada john. Jadi kami ubah plan, trip ke Everland tu kami korbankan jadi sebagai ganti kami cari kelas buat kimchi dan mencuba baju tradisional Hanbok. Hari ni kami bangun lewat sikit dan elena mula Google kelas buat kimchi yang dekat2 Myeondong.
Pagi tu saya dan john sarapan di Han’s Deli, sedap juga mee udon ala2 asam pedas ni. Semangkuk cuma rm10 lebih kurang 30 won. Rata2 tempat makan yang kami pergi kebanyakkan harga makanannya dalam 30 won. amoy comel ni pula dari malam tadi teringin nak makan sup ayam ginseng.
Selesai sarapan kami ronda cari kelas kimchi, tak susah pun selang 2-3 kedai je. Rupanya ada family dari malaysia juga tengah belajar buat kimchi kat kelas tu. Settle aje family tu, turn kami la pula melaram sakan pakai baju Hanbok. Barang2 nak buat kimchi ni rasanya memang senang nak dapat kat malaysia dan surprise mereka juga ada cencaluk tau!
Dah seronok dengan kelas kimchi tadi kami teruskan pula dengan aktiviti shopping. Hampir kesemua kedai kami masuk lebih2 lagi elena, sebab ramai yang kirim barang dengan dia. Ingat tak cerita duty free hari tu, kan kami sampai aje bangunan tu dah tutup!. ha…hari ni dia balas dendam. 

Bayangkan floor yang jual barang duty free tu punya la padat dengan segala macam orang. Saya dengan John naik pitam akhirnya kami lepak ditingkat kanak2 makan ais krim. Memang tak boleh layan floor tu, berhantu!

Sejam pastu si elena bawa 2 plastik skincare jenama Laneige. Gila..gila hihihi  


ishh perut pula dah lapar ni, tengah ronda2 cari kedai makan kami terserempak dengan satu geng dari malaysia lagi, adik2 tu siap tunjukkan kedai makan halal dan sedap pada kami sebabnya mereka pun baru saje selesai makan kat situ. Dalam kepala ni saya dah plan nak makan bibimbap original dari korea, so ni la peluang saya.

Aktiviti tidak sihat ni diteruskan sehingga ke malam membawa sampai ke pagi…elena betul2 mengganas hihihihi. Jujur cerita kami dah balik hotel..masing2 buzy packing beg. Mana nak disumbat barang2 makeup, skincare, seaweed, pakaian. Ishhh!!! melampau sungguh lebih2 lagi yang berdua tu, kalau tengok beg2 diaorg mashaallah takutt!
… tiba2 mereka berdua nak ke Nandaemon semula, alasan..terlupa nak shooping baju raya elena untuk tahun baru cina nanti. Ikutkan tak mahu ikut tapi nak juga tengok tempat tu, kalau tak silap nama tempat tu Migliore jadi saya pun menonong ikut sekali.
Memandangkan nilai duit kita jatuh nak shopping sangat pun tak boleh jadi saya sempat tangkap dua t-shirt untuk saya dan suami selebihnya saya beli ole2 sikit untuk kawan2. Nak tahu, waktu kami pergi tu baru aje kes sebuah kumpulan Kpop datang Malaysia dan peluk peminat perempuan..korang ingat lagi tak?

...hahhh disebabkan tu la peniaga2 lelaki kat situ SUKA2 aje nak sentuh2 kami. Ada sorang oppa tu siap peluk2 lagi elena …. malu betul tengok perangai dia, ni mesti spesis oppa murahan!. Lepas bayar cepat2 kami tinggalkan floor tu…geli. Pagi tu memang betul2 letih la berjalan, nasib baik sakit kaki john tu tak berapa nak teruk mungkin kami banyak berhenti rehat.


04/02/2015 (rabu)

Last day, risau juga macam mana nak bawa beg2 besar ke airport nanti. Selesai serah kunci hotel, kami susun2 elok beg dan segala macam barang ditepi bas, uncle driver tu pula siap geleng2 kepala mungkin heran tengok bagasi kami yang melampau2 ni.
Nasib baik sampai saje kami di station Myeondong uncle tu tolong angkatkan beg2 kami sambil senyum2. Time kami nak beri upah dia tak mahu pula!
Lepas berhempas pulas heret beg kehulu kehilir akhirnya kami sampai di airport. Bila beg2 besar kami tu masuk keperut kapal baru la tenang sikit. 
Elena sempat lagi intai2 barang macam tak cukup lagi, saya dan john pula lepak disebuah café. Tak ingat nama café tu tapi kek, sandwish, roti café tu memang sedap dan botol air minerel pun cute aje.

Terpengaruh dengan kata2 elena yang air mineral dalam flight mahal, saya dan john pakat beli air mineral sorang 2 botol. Waktu nak bayar tu saya memang tak perasan langsung saya terberi duit Won1000 dan RM100.00 sebab color kertas tu hampir sama! bila budak chasher café tu tanya, saya tak berapa nak paham last2 dia ambil kedua2 duit tu dan tunjukkan muka raja masing2. Ya Allah .. malu betul dibuatnya nasib baik waktu tu takde orang hihihi 
Sepatutnya jam 5 petang kami dah berlepas tapi flight ada masalah pada enjin la pula. Hampir 2 jam juga la kami dok boring tengok2 barang kat dutty free..akhirnya kami dipanggil semula. 

Ingatkan naik flight baru rupanya flight yang sama. Kami bertiga berpandangan boleh percaya ke tidak ni, sepanjang perjalanan tu saya memang tak tidur, risau tapi yang dua makhluk ni elok aje lenanya. 

Alhamdulillah akhirnya penerbangan kami selamat sampai. Terus terang airport KLIA2 ni memang tak cantik, tak tahu nak bagi berapa bintang..entah la segan dengan pelancong asing pun ada. Tempatnya sunyi dan agak sedikit kotor. Harap pengurusan klia2 ni buat la sesuatu.

Ini lah saje catatan holiday saya ke negara Korea. Memang tak puas, insyaallah jika ekonomi baik dan duit kita ok semula tentu saya akan datang lagi. Banyak lagi tempat yang tak sempat kami lawati. Sorry la kalau catatan ni tak best janji saya update. So pada kawan2 yang nak sangat tahu cerita saya di korea ritu … baca je tau jangan komen2!

bye2 .. love you