Wednesday, 2 November 2016

Miura Haruma dan Koharu Sugawara bercinta!



Miura Haruma
Saya ni bukan lah peminat artis2 korea, tapi Bibimbap saya suka pula hihihi!. Kalau bercerita tentang negara, bahasa dan aktor2 jepun saya layan. Yang ni namanya Miura Haruma (26 thn), pelakon & model. Dia ni selain berlakon, menyanyi pun boleh tahan..drama dan movie dia banyak yang bagus2 contohnya Koizora dan Last Cinderella. Dia ni humble, jujur, pemalu tapi kekadang moody..hrmm

Petikan dari satu interview. Pandangan Koike Teppei tentang haruma:

Very straightforward, seriously into works; but often got 'mysterious' mood swing (sometime got quite, sometime got hyped), very difficult to understand but he's started getting used to it and want to know more about Haruma.

Baru2 ni haruma terima offer untuk watak ala2 perempuan dalam teater Kinky Boots versi jepun. Walaupun persembahan ini mendapat pujian dari pengarah asal dan pengerak teater, saya tetap tak boleh terima.
 Dengan Koike Teppei (korang tengok la punya cantik siharuma ni)
Di Jepun haruma tersenarai diantara artis2 lelaki paling jambu. Wajahnya manis lebih2 lagi bila tersenyum, dia juga famous dengan tahi lalat didagu dan pada tahun ini pula haruma menerima anugerah The Best Dresser. 

Selama saya ikuti drama dan movie dia (sejak umur dia 16 thn) saya tak pernah tengok pun dia bawa watak perempuan. Tentunya teater dan watak Transgender ini ni memerlukan 100% sokongan dari mereka yang rapat dengannya. Bukan senang ye nak bawa  watak simanis Lola ni memang agak rumit jika tersilap sikit teruk nanti dikritik nitizen.

Bagi mengurangkan stress haruma, seorang sahabat telah perkenalkan Koharu Sugawara (24 thn) kepadanya. Kenal untuk jadikan makwe ke apa, saya kurang pasti la pula. iyala rupa ada tapi bab nak cari makwe memang dia failed. Jadi siapa pula koharu ni? 
Jom layan video koharu Klik Sini
Koharu Sugawara ataupun Koko ni seorang penari profesional (global dancer). Mula menari sejak kecil lagi dan ketika usianya 18 tahun dia berseorangan terbang ke USA untuk belajar dan mencari pengalaman menari. Bermacam pertandingan street dance dia masuk dan kerana terlalu minat selain Amerika dia juga belajar dan mengajar dibeberapa negara di Eropah. 

Koharu Sugawara-FindYourStrength Interview Movie | ULTIMUNE | Shiseido Klik Sini
Choreographer koharu yang unik juga menjadi perhatian dikalangan artis2 dalam dan luar Jepun. Antaranya Rihanna, Stevie Wonder, 2NE1, Girl Generation, Namie Amuro, Miura Daichi .. ramai lagi.

Orangnya cantik tapi ala2 tomboy. Jika rajin layan youtube pasti anda semua perasan ramai student2 perempuan yang teruja setiap kali koharu buat persembahan. Untuk stail koharu terkenal dengan treadmark rambut pendek dan lipstik merah! Selain dari choreographer koharu juga adalah DJ radio (sugar water), model untuk Nike dan beberapa jenama besar dijepun. 

Untuk gosip koharu juga dikatakan pernah bercinta dengan salah seorang ahli kumpulan Quick Crew yang berasal dari Norway, Suleman Malik. Hampir2 berkahwin dengarnya. Kalau iya..bertambah lagi lah kaum hawa muslim kita kan! Tapi ntah mana silapnya tiba2 cinta mereka terputus.
Handsome juga suleman ni
Berbalik semula pada cerita haruma, dengan jadual kerja yang padat sempat juga dia curi2 masa melihat muzik video Unlock, Miura Daichi (yang mana choreographer bersama dengan koharu) dari video ini lah katanya haruma mula contact dan curi2 melihat persembahan live buah hatinya itu. 

Ntah betul ke tidak cerita ini...tapi lebih kurang macam tu lah hihihi
Belanja sikit Gif dari video Unlock yang cute tu Koharu.
Pada bulan Ogos hari tu haruma menjadi tetamu radio J-Wave, Sugar Water tempat koharu bekerja. Dengar cerita dia sendiri yang mengofferkan diri dan disepanjang temubual tu haruma tersangat lah excited, sesekali tu terdengar koharu ketawa besar.

Akhirnya sebulan lepas itu keluar berita mereka berdating. Ramai yang terkejut sebab mereka berdua ni umpama langit dan bumi. Pihak media mula la tak duduk diam.
Ooo .. nak tackle koharu ye
Benda2 macam ni lah haruma tak suka
Haruma memang terkenal dengan sikap berahsianya. Dia tidak suka berkongsi cerita2 peribadi dengan sesiapa pun. dia tiada akaun fb, instagram, twitter..apa yang kita baca diruang internet itu adalah update2 dari staf amuse sendiri. Kerana itu peminat haruma tidak seramai rakan2 yang lain didalam agensi Amuse. Cuma baru2 ini Haruma mendahului senarai pelakon jepun paling popular di Taiwan.

Tahun 2013 selain dari kejayaan besar drama The Last Cinderella haruma juga tidak terlepas dari gosip cinta Yu Aoi. Yu aoi dan pasangannya dikhabarkan putus tunang gara2 aoi tergila2kan haruma. Mereka dilihat keluar jogging dan makan berdua2an disebuah cafe. 
Saya tidak percaya haruma yang menjadi puncanya. Aoi sebelum2 ini pun sering dikaitkan dengan ramai artis2 lelaki yang hebat2 dan berakhir dengan putus cinta.
Tahun 2013, saya tak suka aoi sebab suka tukar2 boyfriend.
Tapi untuk rekod ni first time agency Amuse macam mengiyakan status dia dengan koharu. Miura's management agency, Amuse Entertainment, responded to the news, stating that they will "Leave his private matters to him".

Ada yang mempertikaikan berita ni. Ada yang suka dan ada yang tidak. Dipihak koharu mereka lebih suka jika dia bersama suleman berbanding haruma. Kerana mereka berdua adalah penari sedangkan haruma seorang aktor.

Antara komen2 yang saya baca ..

Komen 1 :
That's what I'm thingking I loved when koharu was dating suleman. They made perfect couple and I'm actually so devastated that they broke up recently and now she's dating this dude no disrespect but I'm a bit annoyed!!. Why did they break up why!!. Also I believe they broke up very recently two couple weeks I think now .. Arrgh@#&%

Komen 2 :
It's very likely that this is all publicity stuff. They do things like this in entertainment all the time by pairing people together to get more promotion for either one or both of them.
You cannot believe everything you read in tabloids unless you know the people themselves and they say it's true and show actual proof that it's true. And I don't mean saying it's true to interviewers because a lot of what celebrities say is edited or written for them completely for their public image. Just like the government does with the news.
Comelkan..
Kita lihat sejauh mana cerita cinta haruma kali ini. Betul ke dia bercinta atau memang tujuan publisiti sahaja. Kalau saya...saya lebih suka jika dia berkawan dengan Kiko Mizuhara (hihihi). Sewaktu promosi filem Attack On Titan tahun lepas mereka berdua umpama belangkas. Sehinggakan wartawan Taiwan dan Hong Kong juga perasan!
Tapi ketika itu kiko masih bercinta dengan G-Dragon dan sekarang ini sedang bercinta dengan Shuhei Nomura (satu agensi dengan haruma)
Antara mereka yang pernah digosipkan dengan haruma dan yang paling win tentulah yui aragaki.
Jika disoal tentang cinta dia pasti beri jawapan yang ntah apa2. buat orang geram je!
Pada satu interview disebuah rancangan tv tak lama dahulu haruma menjelaskan yang dia akan berkahwin sebelum berumur 30 tahun. Dia jealous dengan ayahnya yang berkahwin dalam usia yang lebih muda (21 thn) dan mahukan anak seawal mungkin..hihihi

Bagi peminat haruma tentu sudah sedia maklum dia cuma ada seorang sahaja sahabat baik, Sato Takeru. Mereka berdua sangat rapat walaupun mempunyai perangai yang amat berbeza. Kasihan mereka bila ada peminat2 dan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita karut kononnya mereka berdua ini sepasang kekasih.. ya Allah!
Sahabat karib .. jawapan pun sama
Mereka berdua datang dari satu agensi yang sama. Sudah tentu mereka selalu berjumpa dan haruma sendiri agak memilih dalam hal berkawan. Kebetulan Takeru yang bicaranya lembut, mudah mesra dan boleh dipercayai menjadi pilihan haruma sebagai sahabat karib. Moga selepas ini tiada lah lagi cerita tidak betul tentang haruma dan takeru. Takeru pun tentu sudah ada girlfriend jugakan.

Bercerita tentang gadis idaman dulunya haruma suka yang berambut lurus, hitam dan panjang, perwatakan manis sudah memadai dan pastinya gadis itu mesti lah romantik. Tetapi kali ini dia suka yang aktif dan berbakat mungkin haruma sendiri sangat aktif dalam bersukan dan hal2 charity.

Dan pilihan haruma kali ini koharu orangnya lincah, sangat2 open-mainded, sedikit sexy, manja, kuat bekerja dan tomboy.

Jom saya belanja sedikit gambar dan gif koharu yang cute ini.
Model Nike

6.1 juta viewer
 Dengan Taemin, SHINee. Macam kembar pula!
Orangnya seperti sukar untuk didekati tetapi pada hakikatnya koharu seorang yang mesra, sangat lucu & sukakan kanak2.
Berketinggian 170cm cukup sesuai dengan haruma yang tingginya 178cm.
Sorry saya dah ada makwe!!


Terbang ke London jumpa koharu
Pada 14.02.2017 (Valentine Day) ritu dengarnya haruma senyap2 buat suprise terbang ke London jumpa buah hatinya. Kebetulan birthday koharu jatuh pada hari tersebut. Plan untuk spend masa berdua tapi ada pula kawan koharu yang terposting gambar2 sweet mereka diInstagram. Bila sedar gambar2 tu mula dapat like dan komen yang banyak mereka tak sempat nak delete. Akhirnya gambar dan aksi2 comel mereka mengiyakan cerita yang mereka berdua memang bercinta. 


Selain suprise mengejut tu apa lagi agaknya suprise dari haruma ye ... Cincin kot. Mana la tahukan! Cutekan diorang ni. Elok sangat la, sorang pendiam dan sorang lagi bising. Harap2 kekal la berkawan sampai berkahwin ye. 
Tapi macamana lah gambar ni boleh terlepas ye, sebab haruma sangat2 menjaga privasynya. Lagipun sekarang ni dia masih dalam pengambaran drama Taiga terbitan NHK (stesen kerajaan). Kecoh pula media jepun dengan cerita 'scandal' ni, walhal dia kesana hanya meraikan birthday koharu.

Dan sudah tentu koharu menjadi bahan kutukkan fans haruma sebab memang mereka tidak sukakan hubungan ini. Rata2 mengatakan koharu ni seorang gadis liar dan ramai teman lelaki berbanding dengan haruma aktor kelas A yang terkenal kerana berkeperibadian baik.

Saya tak rasa pun pilihan haruma ni seorang gadis liar. Kerjaya koharu sendiri sebagai seorang choeographer sudah pasti akan bertemu dengan ramai kenalan dari seluruh dunia. Sejak berkawan dengan haruma, koharu mula mengenakan pakaian yang sopan ketika menari dan menukar stail rambut pendek ala tomboy kepada yang lebih feminin. Kesian koharu!

Haruma terima anugerah
Pada 27.02.2017, Bersempena dengan anugerah ke 24 tahun Yomiuri Theater, Haruma telah menerima Sugimura Haruko Prize bagi kategori pelakon baru terbaik kerana memainkan watak transgender bernama Lola dalam teater Kinky Boots. 

Dia mengucapkan terima kasih kepada pengurus, rakan2 dalam teater tersebut dan juga kepada ahli keluarganya kerana mereka semua tak jemu2 memberinya sokongan dan dorongan. Apasal la tak sebut nama koharu ye .. hihihi

Dating di Korakuen Hall
Walaupun masih tidak mengesahkan hubungan cinta, mereka pun sama seperti couple2 yang lain..keluar dating sembunyi2 ditaman, tengok wayang, jalan2 ditepi pantai. Selalunya haruma akan memakai mask untuk menyembunyikan identitinya dari paparazzi dan peminat (lihat saja gambar diatas)

Pada awal bulan Mac hari tu, mereka dilihat bersama2 menyaksikan perlawanan kick boxing di Korakuen Hall, Tokyo. Perlawanan itu melibatkan sahabat baik haruma, Rui Ebata. Haruma sangat2 mengagumi pasangan kembar ebata ni, mereka bersahabat dari tingkatan 5 dan mereka ni dah berjanji akan sentiasa menghadiri dan menyokong setiap aktiviti masing2 jika berkesempatan.

Haruma ni spesis manusia yang suka berkongsi perkara2 seperti hobi dan benda2 yang menjadi minatnya HANYA pada mereka yang RAPAT saje..jadi memang sah2 lah mereka ni couplekan!


04.05.1990
Happy Birthday yang ke 27 tahun Haruma. 10 tahun dulu sewaktu umur haruma 17 tahun nama dia melonjak naik dengan dua movie ni Koizora (Sky Of Love) dan Negative Happy Chainsaw Edge. Tapi sayang, dalam dua movie ni dia mati la pula (memang orang2 jepun ni suka cerita2 yang ada kematian kot).
Pada sesiapa yang dah layan dua movie ni sure korang sanggup tak pergi tandas sebab...haruma cute sangat. Dalam koizora dia mati sebab sakit kanser dan dalam negative happy chainsaw edge pula dia mati sebab kemalangan.
Untuk kedua movie ni haruma terpaksa Blondekan rambut..peminat memang la sukakan tapi tidak dengan mamanya. "Mama tak suka rambut saya..dia marah" kata haruma dalam satu temubual.

Koizora, menemukan haruma dengan Yui Aragaki. Mereka digosipkan bercinta dan tinggal bersama. Ramai peminat yang suka bila dapat tahu mereka bercinta sebab kedua2nya cute dan cantik. Saya pun suka kalau diorang ni bercinta tapi tulah gosip je.
Siapa lagi cute?
Sebelum ini Koizora adalah drama bersiri dan watak hiroki sakurai dibawa oleh Koji Seto. Tetapi kutipan untuk movie lebih berjaya dan dikhabarkan antara yang paling tinggi dalam sejarah movie jepun...dasyatkan penangan haruma! dan kebanyakkan drama dan movie dia pasti dapat kutipan yang tinggi.