Sunday 14 January 2018

Siput Sedut Masak Lemat Cili Api

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Dah lama saya tak masak siput sedut ni. Bukan apa bab nak potong hujung siput tu!..saya ni mudah kesian. Kalau suami takda memang tak masak lah. Selain siput saya takut nak siang ketam sebab bila nak buang bahagian tengah tu rasa macam kaki lipas!

Hari tu kami keluar awal pergi pasar tani melawati nak cari siput tapi takda. Jadi suami saya gigih pergi cari di pasar Chow Kit. Sekilo RM13.00 ok lah dan saiz-saiz siput tu pun besar-besar juga.

Resepi saya ni biasa-biasa aje..saya update untuk diri sendiri dan pada siapa yang baru nak cuba masak.

Bahan-bahan

1 kg Siput sedut
4-6 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Kunyit hidup sebesar ibujari
Sedikit Halia
10-15 biji Cili Padi
2 batang Serai
Santan dari 1 biji Kelapa (selalunya saya perah sendiri dan paras air dia lebih kurang jug blander tu)

Jom kita masak

a) Bersihkan siput dari pasir dan lumpur kemudian rendam dalam air bersih

b) Potong bahagian hujung siput dan bersihkan lagi. Dulu-dulu saya guna kacip pinang arwah mak. Bila pindah hari tu saya tak tahu letak mana, tu yang guna pliers hihihi 
 
Saya beli dekat D.I.Y
c) Kisar segala bawang, kunyit hidup, halia dan cili padi. Serai pula diketuk-ketuk sahaja manakala daun kunyit diracik.

d) Dalam periuk panaskan sedikit minyak dan tumis sebentar bahan-bahan kisar dan serai atau sehingga harum.

e) Bila dah harum baru masukkan santan dan masak seketika dengan api sederhana.
f) Kemudian masukkan siput dan daun kunyit. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula tau.

Selain siput sedut saya buat sambal belacan ulam timun dan telur dadar kosong sahaja.

Simplekan

Selamat mencuba…love you!

No comments:

Post a Comment

Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca

Resepi Bibimbap  Klik sini Assalam kawan-kawan Bila dah buat Bibimbap ramai pula yang menanyakan resepi Kimchi...