Saturday, 6 April 2013

Cuba la resepi Bibimbap saya ni!




안녕하세
annyeonghaseyo

Bibimbap merupakan makanan rasmi bagi rakyat Korea. Maksud bibimbap adalah 'nasi campur'. Nasi putih yang dihidangkan bersama namul (sajian sayuran) dan sos gochujang (adunan cili), telur goreng separuh masak dan kepingan daging yang digoreng. Ini adalah lauk-lauk yang biasa dikita temui dimana-mana restoran di korea dan di malaysia. Cara makannya pun mudah hanya gaulkan kesemuanya!. Pada sesiapa yang pernah mencuba bibimbap ini pasti nak lagi.

Pada tahun 2011 sebuah rancangan terbitan CNN telah membuat undian dan bibimbap berada pada kedudukkan ke 40 diantara 50 makanan paling lazat dan berkhasiat didunia.

Bagi memperkenalkan bibimbap ini pihak kerajaan korea sendiri mencadangkan agar makanan ini dihidangkan didalam pesawat-pesawat mereka.
Jika anda peminat-peminat drama korea tentu pernah menonton drama Full House lakonan terbaik Song hye-kyo dan Rain. Ceritanya berkisar tentang perkahwinan kontrak diantara seorang artis lelaki popular dan seorang gadis yang baru berjinak-jinak dalam alam penulisan novel. Mereka berdua digambarkan selalu bergaduh disebabkan syarat-syarat didalam kontrak tersebut. Sangat-sangat kelakar anda patut menontonnya jika tidak percaya.



Salah satu adengan yang menarik

Dalam episod ke 7, Lee Yeong-jae (Rain) yang pulang dari berdating dengan Kang Hye-won ternampak Han Ji-eun (Song Hye-kyo) didapur sedang makan semangkuk bibimbap. Dia yang sememang suka 'mendera' terus menyakat dan menyamakan bibimbap tersebut seperti 'makanan scoobydoo'.
Dalam satu babak lain pula .. Ji-eun pula keluar berjumpa dengan nenek Yeong-jae dan terlupa untuk masak dan Yeong-jae yang sangat lapar ketika itu membuka peti ais, dia lihat ada sedikit makanan (bibimbap) yang ditinggalkan Ji-eun. Dia pun dengan lahap memakannya. Sedang sedap menjamah Jie-eun pulang dan tak semena-mena Yeong-jae tersedak dan terbatuk-batuk. Sambil mengurut-urut lengan Yeong-jae yang panjang tu Ji-eu sempat mengutuk "makan juga makanan scoobydoo tu"
Disebabkan nak sangat tahu apa yang dimakan oleh Yeong-jae, saya gigih menGoogle resepi bibimbap ni dan akhirnya terhasillah resepi yang saya kira mudah, guarantee sedap & perut pun kenyang!. Selalunya kalau makan dekat kedai mereka hidangkan bibimbap ni dengan sepinggan kecil kimchi. 
Kat sini saya sharekan resepi kimchi klik sini

Bahan-bahan untuk 3 - 4 hidangan 
1 ikat sayur bayam
1 cawan daging batang pinang
1 cawan carrot
2 cawan cendawan shitake
1 cendawan enokitake
Minyak bijan masakan
1 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk halus)
1 sudu makan kicap soya
1/2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan bijan panggang
3 biji telur
minyak untuk menggoreng
garam & gula
sedikit ketulan ais


Begini cara-cara membuat bibimbap..jom follow step by step

Sayur bayam:
Anda perlu menjerang air besama sedikit garam. Sementara menunggu, siang sayur dan bersihkan dari pasir-pasir yang melekat. Kemudian apabila air sudah mendidih masukkan sayur bayam tadi dan masak seketika (jangan lama sangat). Setelah itu toskan airnya dan alihkan kedalam mangkung yang berisi air dan ketulan ais.
Selepas seketika ambil sayur tadi, genggam dan perahkan airnya perlahan-lahan. Didalam mangkuk bersih, gaulkan sayur bayam ini dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan.

Cendawan enoki:
Step ini lebih kurang sama dengan sayur bayam tadi cuma hujung cendawan yang perlu dipotong.
Carrot:
Bersihkan dan kupas kulitnya. Carrot ini dipotong kepada 3 dan dihiris nipis. Panaskan kuali pan dengan sedikit minyak, goreng sehingga lembut. Ketepikan.

Daging:
Daging yang sudah dibersihkan hendaklah dipotong kecil dan nipis. Kemudian digaulkan bersama kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam. Perapkan daging ini dan simpan didalam peti sejuk selama 30 minit.

Setelah 30 minit panaskan kuali pan bersama sedikit minyak dan goreng daging sehingga masak. ketepikan. Saya potong daging ni nipis dan lebar-lebar tapi terpulang pada selera anda .. nak guna daging hancur pun boleh kot.. bukan apa takut tercekek nanti!

Cendawan shitake:
Bersihkan dan potong cendawan. Kemudian panaskan kuali pan dengan sedikit minyak dan goreng seketika. Jangan risau cendawan ni bila digoreng ia akan kecut jadi lebihkan sedikit cendawan jika anda suka.

Telur mata:

Telur itu sebaiknya digoreng separuh masak. Kuningnya dibiarkan lembek supaya ia pecah bila digaul nanti. Ini akan membuatkan bibimbap kita moist!

Step akhir:

Isikan nasi putih (resepi saya menggunakan beras biasa) kedalam mangkuk favorites anda dan susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti dan selera anda. Diatasnya sudukan sedikit atau lebih sos Gochujang dan jangan lupa titiskan sedikit minyak bijan dan taburkan juga bijan yang siap disangai.

Sos ini boleh dibuat sendiri atau dibeli di supermarket atau dikedai-kedai runcit korea sekitar Ampang hilir.
Resepi sos gochujang
4 sudu makan tauchu
1-2 sudu teh serbuk cili (jika anda suka pedas)
1 sudu makan gula
Sedikit minyak bijan & air
Cara-cara
1. Cuci dan bersihkan tauchu (cuci jangan keterlaluan takut hilang langsung rasa masinnya) dan dengan menggunakan tapis santan, lumat-lumatkan tauchu tersebut sehingga halus. Setelah halus gaulkan dengan serbuk cili, gula dan sedikit minyak bijan.
Memang agak leceh membuatnya tapi dijamin halal!
Ada juga sesetengah resepi yang saya survey mereka cuma campurkan cili sos dan mayonnaise saje. Emm..yang ini saya belum cuba lagi.
Saya ada terbaca tentang topik sos cili Gochujang yang halal dan tak halal yang terjual banyak dijual disupermarket di malaysia. Dalam forum itu mereka bincangkan tentang ramuan didalam produk tersebut jadi diantara banyak komen-komen tersebut saya tertarik dengan komen yang ini:

Diantara sos cili Gochujang yang terdapat dipasaran malaysia. Tapi jika anda was2 dengan isi kandungannya tak perlu lah beli.
Pesanan ringkas dari penaja : Kali pertama cuba masak bibimbap ni memang agak leceh. Dapur kita umpama dilanda ribut taufan..memang kelam kabut. Jadi, supaya kita ni nampak seperti master chef disarankan anda buat list bahan mana yang nak dimasak dulu. Kalau saya, saya akan perap daging dulu kemudian yang lain2.
Meh saya belanja gambar...


Lauk-lauk saya ni adalah contoh saje. Jika anda ada idea masakan lain pun boleh cuba. 
Susun masakan tadi mengikut kreativiti sendiri.
Kalau dah cantik macam ni memang sayang nak makankan!..
Emm...dapnyeee
 Pastikan perut anda ada ruang kosong tau. Sebab makan bibimbap ni memang sangat kenyang.
Kalau perut tu full tapi masih gigih nak habiskan..tirulah cara Ji-eun ni 
atau pun Yeong-jae..cutekan!

Terimakasih tau sebab sudi memilih resepi saya yang tak seberapa ni. Pada sesiapa yang berminat nak cuba masakan bibimbap saya ni, dipersilakan. Saya sangat-sangat happy jika anda semua berjaya.

Minta maaf jika ada kekurangan....tapi yang pasti bila masak tu relax & enjoy.
Selamat mencuba...Love you!
다음에 봐요 - (daume ddo bayo) see you again next time!

86 comments:

  1. alaaaa. stressnya xleh nk follow blog awk ni. suka la blog awak. huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nape?..jgn la stress nanti cepat tua tau :D. ape kate kalau awak gi main bowling ke atau try resepi baru ke atau try gi sakat kucen2. Jgn la stress sy ade kt sini selalu :)

      Delete
  2. Sedapnya... Follow blog awak ye... anyway selamat berkenalan

    ReplyDelete
  3. Bole aje .. slmt berkenalan jugak :)

    ReplyDelete
  4. sy nk tya....sos Gochujang bole tahan lama x??

    ReplyDelete
  5. ok bia sy jawab...selalunye sy buat cukup2 mkn aje. maksud sy utk sekali mkn dan sy x penah buat lebih tp terkurang tu ade la :). klu ikot lojik rasenye tahan kot janji simpan dlm ttpware & simpan kt petiais. harap2 mmbantu iye ;)

    ReplyDelete
  6. boleh saya tanya yang warna kuning di tengah2 tu apa ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo :D.. yg comel ditengah2 tu, Telur Mata. sy isikan nasi dahulu kemudian sy letakkan telur mata ditengahnye dan lepas tu sy susun kesemua masakan lain. Ok :)

      Delete
  7. Replies
    1. Gamsahabnida .. tapi jgn baca aje tau klu bole try masak skali iye :D

      Delete
  8. sedap...bahan-bahan pon xde lah susah sgt....yummy2...nak cubalah...

    thanks for the recipe :D

    ReplyDelete
  9. sis nak tanya. sos gochujang tu ke masak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam dek, ak tak penah pn masak sos gochujang tu tapi ak guna air panas bila nk hancurkn tauchu tu. dan sedikit air panas bila nk hancurkn gula :)

      Delete
    2. waalaikumussalam. ohh sis guna air panas. tq sis!! :)

      Delete
  10. ok Jaa Kecik!....comey la nama tu :)

    ReplyDelete
  11. err...nak tanya ni !! nak tanya ni !! tau tak mana nak dapatkan dolsot bowl tu.... ehhh betul ke cenggitu panggilnye...??? rasa cam lagi feeling makan dalam mangkok panas tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulapasal .. sy pun cari2 gak dolsot bowl tu. paham2 aje la klu kuar dgn en. suami semua nk cepat. takpe nanti klu terjumpe sy bagi tau ok :D.

      Delete
  12. Han ji eun. Sy suka layan tekak makanan jepun dan korea dulu2 zaman bujang dan belum ada anak. Lepas kahwin husban tak makan makanan mcm ni. Aduhai lately tgk kimchi cronicle .wah rancangan masakan korean. Tgh2 preggy ni rasa nak masak sendiri. Jumpa blog awk.wow semangat nak masak sendiri tu meluap2 la pulak. I loveeeee uuuuu tq for sharing this menu. Bby dlm perut pon excited��.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :( ... Lorrr terharu sangat sbb awk ckp 'I Love U', Alhamdulillah. sy ni dh msk 10 thn kawen belum ade baby lagi jd sy tumpang happy bile awk ckp 'baby dlm perut pn excited'. sy doakan yg terbaek utk awk+baby moga kuar aje dia, bia cantek mcm mama dia gak. i love u 2....sarange :D

      Delete
  13. X sedp lngsung!!sy buat sme mcm awak buat tpi rse dye uekk..sos gochujang tubuat fye cam hngit...sy buat sendiri!! Mmg teruk la..nk muntah ponh ade..da la busuk..terime j laa awk x thu psl korea..sedih tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam sy pun rasa sedih sbb percubaan pertama awk tak menjadi. utk pengetahuan awk sy mmg tak tau langsung psl Korea. Ingin sy jelaskan yg resepi ni sy reka berdasarkan bacaan & survey yg sy buat kt internet. Jadi jika percubaan awk tak menjadi, minta maaf ye.. terima kasih sbb komen dgn jujur :)

      Delete
  14. Selamat petang.. Macam senang je resepi ni.. saya nak try jugak lah.. Nnti saya link kasi awak yer.. jemput follow blog saya.. TQ

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..senang aje masaknye. cuma kene banyak sabar :).

    p/s : misal kate tak jadi .. cuba lagi tau. Don't Give Up!.. TQ.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...sis, masa saya dok cari resepi apa yg sesuai untuk orang yang baru nak belajar masak, saya terjumpak resepi bibimbap sis :D kebetulan, saya mmg minat sgt bab2 korea ni. nampak macam x susah nak buat. tapi, mcm sis cakap, masa awai2 masak, habis bersepah pinggan mangkuk kat dapur. so, saya rasa saya yang baru nak belajar masak ni, mesti dapur mama saya akan jadi huru hara jugak :D btw, sekarang bulan puasa. mmg tempting tgk gambar2 tu. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Tetebang..mmg betul mula2 nak masak dulu dapur sy dh mcm kapal karam. salah tak kena. pastu utk kali ke 2 sy plan betul2 dan alhamdulillah, relax aje. Awk cuba dgn perap daging dulu ye kemudian buat la lain tu. slmt mencuba & slmt berpose :D

      Delete
  17. Salam saya Aida daripada majalah Dapur Impiana. kami berminat untuk menyiarkan resepi ini didalam majalah.

    Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.
    suhaidah.wahab@gmail.com

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam aida, maaf... lambat balas komen awak. Saya sangat berbesar hati + sangat menggigil bila baca komen awak. Saya tidak kisah jika Dapur Impiana mahu menyiarkan resepi saya ni.

      Alhamdulillah, terima kasih ye Aida & Dapur Impiana.

      Delete
  18. salam,, na tanya, bersihan taucu tu camne ek? hehe,, org baru belajar na masak.. beginila caranya. huhu

    ReplyDelete
  19. Assalam ....sori, sy pun dah jarang masak bibimbap ni sebab kat umah tu sy sorang je yg layan bibimbap ni :p

    baik la sy seingat sy, senang aje...amik sikit taucu tu pastu boh kat dlm penapis santan. cuci2 la sikit dgn air bersih. tujuan dia cume nak buang sikit rasa masin tu. ingat tau jangan bersih betul2 nanti hilang abis rasa taucu tu :D

    insyaallah kalau takde pape & panjang umur sy akan ke Korea hujung bulan januari 2015. doa2kan sy dpt makan bibimbap original dari sana :)


    ReplyDelete
  20. Assalam..smlm sye ade try wat bibimbap ikut resipi awak mmg sedap n marvelos sgt hihi..tq for resipi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih Tiqah! suka sy baca komen2 positif ni, bukan ape sy risau kalau ade yg cuba tapi tak jadi. mcm kawan2 sy lain pulak perangainye, dorg naaaaaaaaaaak jugak sy yg masak :D. tq Tiqah.

      Delete
  21. Salam...teringin betul nak buat bibimbap ni.sbb sy suka buat 'bibimbap' sy sendiri.campur segala lauk n sayir dgn nasi, campir sos, kicap...ngappp...haha
    Tp kena amik nafas dulu nak buat bibimbap korea ni...
    Tq for resipi yg senang nak paham ni...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam dila ... sy pun belajar dari internet je :). sy share resepi ni pun sebenarnye untuk sy juga, maklum la sy ni mudah lupa. sebab tu sy buat step by step bagi memudahkan diri sendiri :P. sy ingat lagi bila mula nak share resepi ni suami sy gelakkan sy, dia kate macam ajar budak tadika masak....ishh!!! sakit pulak hati kite. by the way terima kasih sebab sudi nak try resepi sy, mudahan2 berjaya ye...love you!

      Delete
  22. salam,,nak tanya nasi tu masak mcm biasa ke @ ada cara lain? tq share resepi nak try gak nti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam .. Ooo nasi tu ye, sy masak nasi tu mcm biasa je...nasi orang malaysia :D. kecuali kalau teringin nak masak shusi hah! yg tu sy betul2 gigih masak ikot aturan blkg paket beras tu. papepun terima kasih sbb menanye dan selamat memasak ye. love you!

      Delete
  23. Assalamualaikum.
    Kalau chili power tukar dengan chili kisar takpe ke? Mana lagi pedas?
    Hehe. Tak sabor nak try recipi ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...sori2 sy baru buka blog maklum la jadi sukarelawan bantu mangsa bajir.
      Ok kalau cili kisar kite kene tumis dulu dan sy tak pernah try buat guna cili kisar... tak tahu pulak cili mana pedas :D
      kalau susah2 pekata kite try cari paste bibimbap yg halal kat supermarket. sy pernah try beli di Cold Storage, jimat sikit masa :)
      papepun terima kasih sebab tak sabo nak try resepi ni. Love you :D

      Delete
  24. Assalamualaikum...tq puan sbb kongsi resepi nih..punya lama saya cari resepi yg sesuai..nak buat sendiri mang tak reti..tapi saya curious sikit...puan kata paste bibimbap ada jual yg ready made yer...boleh tak kalau puan post kan gambarnya...mana tahu...kalau jumpa boleh saya beli...trm kasih.. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Liza maaf lambat reply sebab sebok beraya hihihihihi ... gambar paste tu ade saya postkan diatas. cecuba liza tengok betul2. saya perasan selalunya paste2 ni ade dijual di supermarket Coldstorage dan Aeon supermarket. harga dia dalam belas ringgit juga la tengok pada jenama dan sebelum beli cuba liza baca dulu bahan2 dia ye.
      harap membantu ye. love you!!!

      Delete
  25. Assalamualaikum...tq puan sbb kongsi resepi nih..punya lama saya cari resepi yg sesuai..nak buat sendiri mang tak reti..tapi saya curious sikit...puan kata paste bibimbap ada jual yg ready made yer...boleh tak kalau puan post kan gambarnya...mana tahu...kalau jumpa boleh saya beli...trm kasih.. (^_^)

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum...tq puan sbb kongsi resepi nih..punya lama saya cari resepi yg sesuai..nak buat sendiri mang tak reti..tapi saya curious sikit...puan kata paste bibimbap ada jual yg ready made yer...boleh tak kalau puan post kan gambarnya...mana tahu...kalau jumpa boleh saya beli...trm kasih.. (^_^)

    ReplyDelete
  27. macam mana nak bersihkan taucu tu kalau xnak hilang kemasinan dia ? akak bersihkan camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam deq .. terlebih dahulu akak nak mintak ampun sbb lambat reply. ak sebok dgn kerja2 dijabatan baru tu yg tak buka2 blog. ak pun dah lama tak buat bibimbap ni tapi seingat ak masukkan aje taucu tu dalam bekas bubuh sikit air gaul2kan kemudian tapiskan airnya. tapikan adeq sesetengah taucu tu ada yg masin..ada jugak yg kurang masinnya. pandai2 la adeq rasa ok. waktu bersihkan taucu tu jangan lama sangat nanti tawar. selamat mencuba ....love you!

      Delete
  28. waaa nice..saya mmg dh lama nk try buat bibimbap.thanks sebb share resepi .minta halal ye resepinya nak pinjam. :)

    ReplyDelete
  29. waaa nice..saya mmg dh lama nk try buat bibimbap.thanks sebb share resepi .minta halal ye resepinya nak pinjam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam..sori ye deq ak terlupa nak buka blog. takpa memang akak halalkan sebab kite sama2 nak belajar. mane yg kurang rasa tu pandai2 la tokok tambah ye. selamat mencuba .. love you!

      Delete
  30. nampak sedap dan mudah... saya nak cuba buat...tapi nasi yg digunakan adalan nasi beras biasakan?? sebab korea lebih suka beras pulut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah sori lambat balas hihihi...iye, saya guna beras datuk jalaludin hasan aje. sebab, bila nak try masak benda2 baru ni suami akan banyak tanya jadi lebih selamat guna bahan2 yg dia tahu. bukan ape klu tetiba sekali tu aje kite masak tak pasal2 kene leter dgn dia :D

      Delete
  31. wahh sedapnyaaaaaa !!! saya rasa nak buat je...tapi nak ubah sikit jadi style melayu...hehe...maklumlah..tekak sy ni tk ken sgt dgn mknn korea..tapi suka tgk cara perhiasannya semua.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam..boleh aje diubah2 ikut selera masing2. waktu nak masak hari tu pun saya pakai beli aje bahan2 tu dan tak sangka pula bila disusun2 jadi elok dan rasa pun ok. seronoknya kalau saya dapat rasa masakan awak!!. selamat mencuba....love you!

      Delete
  32. Dekat mane nak jumpa semua bahan2 korea tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam..kena rajin jln2 kt supermarket. cuba adik tgk2 dekat Aeon atau JJ dan Cold Storage. diorg akan display 1 tmpt utk barang2 korea & jepun. hrp2 jumpa ye..love you!

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  33. Sedap! Saya dah cuba. Mmg kena dengan tekak la. Mmg senang resepi akak ni. Sbb step by step. Detail sgt. Hehe Thanks for the recipe! Halalkan ye. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam..yeke, alhamdulillah. ak buat detail tu sebenarnye tuk ingatkan diri sndiri sbb ak ni mudah lupa!. adik, ak ikhlas share resepi ni. terima kasih ye try resepi ak. slmt thn baru..love you!

      Delete
    2. assalam..yeke, alhamdulillah. ak buat detail tu sebenarnye tuk ingatkan diri sndiri sbb ak ni mudah lupa!. adik, ak ikhlas share resepi ni. terima kasih ye try resepi ak. slmt thn baru..love you!

      Delete
  34. Salam..akak, saya cube ye..tq.. Sejak 2 menjak ni leleh2 plak dgn cerita korea..pastu mula laa terjebak dgn mknn plak..saya baru try kimchi n betul2 jatuh cinta..google plak resepi lain..dapat yg akak punya..tunggu time je ni nak buat..hahaha..terima kasih..

    ReplyDelete
  35. Salam..akak, saya cube ye..tq.. Sejak 2 menjak ni leleh2 plak dgn cerita korea..pastu mula laa terjebak dgn mknn plak..saya baru try kimchi n betul2 jatuh cinta..google plak resepi lain..dapat yg akak punya..tunggu time je ni nak buat..hahaha..terima kasih..

    ReplyDelete
  36. assalam .. tak aci adik dah buat kimchi dulu hihihi. share tak resepi kimchi tu? akak nak try buat ni!!. by dway enjoy tau buat bibimbap ni...mana yang terkurang tu adik pandai2 la 'edjas' ye. kamsahamnida sebab try resepi ak. love you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon google dan combine resepi ni kak. Ni resepi yg sy cuba. Tp x masam sgt sbb suami x suka masam2 sgt..rasa bergas kuat katanya yg beli sblm ni..so, bini rajin buat laa sendiri..hahaha..

      1 biji kobis panjang (potong 4)

      - lumur dgn garam bukit pastu biarkan 4 jam. Tindih dgn lesung biar ari keluar. Slpas 4 jam, bilas 3 kali sampai kurang masin. Perah sampai air habis. Yg ni pon sy tindih dgn lesung batu spy air keluar.


      1 biji lobak merah
      1 biji lobak putih (resepi asal 1/2 shj)
      1 pokok daun bawang
      1/2 cekak daun kucai

      - carrot dgn lobak putih hiris sebesar batang mancis. Daun bawang dan kucai potong panjang mancis. Ketepikan.


      3/4 cwn tepung pulut
      2 cwn air
      1 sk gula.

      - masak atas api sampai naik bubble. Likat. Ketepikan.


      Bahan perap.
      * 1 biji epal fuji
      * 1 biji golden pear ( asal pakai pear gong)
      * 1 biji bawang besar (asal pakai holland)
      * 3 ulas bwg putih
      * 1 inci halia

      Blend halus.

      Serbuk lada babas
      Sos ikan


      Campur bahan blend dengan bubur tepung pulut, pastu masukkan serbuk lada. (Ikut kepedasan yg kita nak). Pastu masukkan bahan2 yg kita potong. Kemudian perasankan dgn sos ikan..tp jgn masin sgt sbb kobis kita dah masin..gaul dan rasa, kalau dak ok, lumur dekat kobis td. Simpan dlm bekas dan biarkan 24jam atau ikut masam yg kita nak. Baru masuj peti ais.


      Sumber
      Blog2.

      Delete
  37. ok2 bole try ni. terima kasih tau sebab share resepi. suami akak layan kimchi ni cuma bibimbap dia kureng sikit kadang2 tu sampai kena paksa makan. yela penat2 buat dia tak makan, geram!!!. terima kasih love you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jadi boleh la akak share dgn yg lain..sbb sy penah mkn sekali je, beli dekat org..taktau rasa dia camna..

      Delete
    2. Kalau jadi boleh la akak share dgn yg lain..sbb sy penah mkn sekali je, beli dekat org..taktau rasa dia camna..

      Delete
    3. ok2 .. biasa la adik yang jadi mangsa pertama akak sure le en. suami. kalau dia kata OK maknanya boleh jual la tu hihihihi. by dway terima kasih tau!

      Delete
    4. Kalau jadi boleh la akak share dgn yg lain..sbb sy penah mkn sekali je, beli dekat org..taktau rasa dia camna..

      Delete
  38. slm kak..tertarik btol sgn resepi bibimbap akk ni..anyway akk pkai beras apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam adik kalau cerita bab beras ni akak cuma masak guna beras yang ada gambar Datuk Jalaluddin Hassan je. tapi kalau nak try masak guna beras pulut pun ok kot sebab akak tengok suami akak kalau kami pegi makan dekat restoran korea Gomonae, ampang point tu elok aje dia makan. akak kalau try masak makanan yang pelik2 pada dia, selalunya akak test dulu. anyway terima kasih tau sebab layan resepi akak ni harap2 menjadi dan happy eating ... love you!

      Delete
  39. Yang jual kat supermarket tu halal ke ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam maksud halal tu kalau makan direstoran atau Sos Gochujang? rasanya kalau sos tu akak dah kongsi perkara halal dipertengahan resepi ni. akak tak berani nak cakap yang dijual kat supermarket itu halal atau tak tapi kalau was2 ape kata kite try buat sendiri, memang la rumit tapi sure halal. harap membantu ye. love you!

      Delete
  40. Assalam, saya cuma nak bagi pandangan je, tentang sos korean yg jual di supermarket malaysia tu, mungkin kita boleh google sama ada ramuan yg ada dlm sos tu halal di makan atau tidak, tetapi kalau ramuannya tiada sebarang ramuan yg non-halal tak semestinya kita boleh makan walaupun tiada cop halal, kita juga kena fikir tentang kwasan memproses sos tersebut sama ada bersih atau tidak.contohnya adakah org islam yg memprosesnya atau adakah kawasan memproses sos tersebut jauh dari segala haiwan yg dilarang kita menyentuhnya..ini hanya pandangan saya saja. saya nak cuba buat resepi ini, thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam terima kasih atas pandangan awak tu. Itulah yg sebaiknya kalau kita was2 baik try buat sendiri. kalau kita rajin google memang banyak cara atau stail nak buat sambal bibimbap ni!..bercakap pasal bibimbap, saya pun dah lama tak masak..tengoklah cuti ni. terima kasih ye sebab try resepi saya ni. love you!

      Delete
  41. Dah wat dah..thanks resepi sedap..boleh telan la..tapi leceh nak buat ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi .. sempoi ayat 'boleh telan la' tu. by the way terima kasih ye sebab try resepi ni. love you!

      Delete
  42. Waaa nmpak sedaplah..heheh nk cuba try lah..harap harap menjadilahkan..thank you sbb share resipi ni..suka sangat♡♡♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak bersabar tau bila nak masak bibimbap ni. ak rase esok2 adik lagi power dari akak. klu menjadi alhamdulillah, klu tak ... kita try lagi & lagi. terima kasih ye sebab nak try resepi ak ni. love you!

      Delete
  43. Salam admin.. yg gmba bibimbap awk yg terakhir be4 awk gaul tu, gochujang tu awk buat jgk ke? Nampak merah compare yg 1st time tu.. lebih cili ke? Maaf sbb sy mcm nk try tp musykil takut jadi pelik plak bila buat.. tq =)

    ReplyDelete
  44. Maaf menyemak ruang komen admin tp sy ada terbaca komen utk dptkan gochujang halal.. kalian sume boleh try pegi restoren ni sbb dia jual jgk gochujang yg dijamin halal jakim.. nama kedai : SWEETREE , taman dagang, ampang.. insyaAllah dijamin halal sbb dia dh dpt pengiktirafan jakim and saya dh mkn di tempat ni bertahun2 sudah.. sekian terima kasih n maaf lagi sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam sori lambat reply. saya pun pernah dengar nama kedai makan ni SWEETREE tapi tak jumpa2 tempatnya. mula2 buat bibimbap ni saya memang gigih buat sendiri. ala2 sambal la, mayonis dgn cili sos la, yg taucu tu la ... last2 bila kawan terjumpa yg instant punya mcm gambar kat atas saya pun cuba. memang betul gambar cili gochujang tu yg instant sebab waktu tengah gila masak tu (bnyk pula ayat TU) yang homemade punya saya tak terlarat nak buat dan kebetulan cantik pula bila dlm gambar. Terima kasih tau sbb bertanya. Boleh awak share alamat kedai tu ...

      Delete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Terima kasih kak sebab sharing resepi bibimbap nih...cuma saya buat menggunakan hot plate atau periuk tanah yang kecik tuk gantikan dolsot bowl......fuhhh dengan keraknya ....memang terbaik kak.....disebabkan saya pakai hot plate , daging saya biar mentah sebab bila letak atas api baru saya gaul sedikit biar separuh masak .....betul2 rasa pior korean punya bibimbab.....thanks alot!

    ReplyDelete
  48. Alhamdulillah..sukanye baca komen adik. Wah2 adik lagi best masak daging terus kat hot plate!. Boleh la akak tiru!. Terima kasih tau sebab try resepi akak. love you!

    ReplyDelete
  49. Syok baca penceritaan resepi bersama cite full house tu.. Hehe.. Memori tgk cite tu muncul kembali.. 😉😍

    ReplyDelete
  50. Assalam zuera saya memang suka cerita full house ni sebab tu saya selit2kan adegan2 cerita tu. banyak kali tengok pun memang best. terima kasih ye jengok2 blog saya. love you!

    ReplyDelete

Komen la .. Takpe Nanti Saya Baca